Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Akui Dapat Tawaran, Fouziah...

PELAKON Fouziah Gous yang kini sedang hamil anak kedua berkata walaupun dia mendapat...

Penyokong Ireland Utara...

LYON - Seorang fan Ireland Utara berusia lingkungan 60 tahun meninggal dunia ketika...

Main Permainan Di Telefon...

CHANG'AN (China) - Seorang wanita berusia 21 tahun buta sebelah mata selepas bermain...

Polis Rekod Keterangan LGE...

GEORGE TOWN - Polis hari ini mengambil keterangan daripada Ketua Menteri Pulau Pinang,...

Najib Sekolahkan Mukhriz

DARI FB NAJIB RAZAK

Mukhriz, mari sini kejap. Nak ajar kamu matematik dan formula.

Ini formula compound interest calculator:A=P(1+r/n)^nt. Jika kita guna prinsipal P=RM33b, jumlah pulangan r (sama dengan purata pulangan KWAN) sebagai 6.3% dan jumlah tahun yang telah berlalu sejak skandal BNM pada tahun 1994 iaitu 27 tahun, A=RM33bX(1+0.063)^27 bersamaan dengan RM171.8 bilion.

Ya, betul.

Jika RM33b dana BNM tak lesap masa ayah kamu dan kesemua dimasukkan dalam tabung KWAN dengan purata pulangan 6.3% setahun untuk tempoh 27 tahun sejak tahun 1994, jumlah dana dalam KWAN akan tambah RM171.8 bilion hari ini.

Bukan itu sahaja, sebab ayah kamu buat banyak IPP-IPP berat sebelah yang banyak menguntungkan kroni-kroni dan merugikan negara, Petronas terpaksa rugi sebanyak RM167.1 bilion sejak tahun 1997.

Baca page 55, laporan tahunan 2019 Petronas:

https://www.petronas.com/sites/default/files/Media/PETRONAS-Annual%20Report-2019-v2.pdf

(Perjanjian berat sebelah inilah yang diselesaikan 1MDB pada tahun 2012 apabila 1MDB beli IPP-IPP tersebut di bawah Edra dan kerajaan kita perbetulkan perjanjian-perjanjian berat sebelah dibuat ayah kamu.

Ini sahaja telah jimatkan Petronas sebanyak RM50 bilion.

Sebab itu, rizab Petronas naik ke RM176b sebelum PH jarah RM80 bilion pada tahun 2018 dan 2019).

Ya, betul. Hutang 1MDB adalah sebanyak RM32b.

Tapi jumlah dana yang dipulangkan dan diselesaikan setakat ini adalah sebanyak RM33.4b.


Selain dana RM33.4b itu dan penyelesaian perjanjian IPP berat sebelah, 1MDB masih ada sumbang untuk membina atau menaiktaraf 8 pangkalan MINDEF termasuk pangkalan udara Sendayan yang amat besar serta meninggalkan aset projek RM140 bilion Bandar Malaysia dan projek RM40 bilion TRX yang sudah tentu boleh jelaskan kesemua hutang 1MDB dan masih menjana keuntungan.

Tapi kes skandal BNM RM33b yang menjadi RM171.8 bilion itu lain cerita.

Satu sen atau aset dari RM33b itu langsung tidak pernah dikembalikan. Lesap begitu sahaja.

Paling lawak ialah seorang pun tidak pernah perlu bertanggungjawab setelah ayah kamu tarik balik laporan polis suruhanjaya siasatan diRaja untuk skandal BNM Forex dan klasifikasikan kes itu sebagai NO FURTHER ACTION (tiada tindakan lanjut) pada tahun 2019 masa PH.

Begitu juga dengan kerugian Petronas kepada kroni-kroni IPP ayah kamu.

Satu sen tak pernah dikembalikan.

Yang kaya, kroni-kroni kesayangan ayahmu.

Hari ini, Mukhriz kata Covid menjadi teruk sebab hutang RM32b 1MDB walaupun dana RM33.4b telah dikembalikan dan berpuluh bilion Ringgit aset 1MDB ketinggalan.

Jadi, adakah RM388.9 bilion (RM171.8b BNM + RM167.1b IPP) di mana satu sen atau aset pun tak pernah dikembalikan dan tiada siapa pernah perlu bertanggungjawab atau dibicarakan akan mampu meringankan beban kerajaan untuk melawan Covid hari ini jika ayah kamu tidak lesapkan pada masa itu?

Itupun belum lagi kira kisah towkay bilionaire MRCB penyokong paling tegar ayahmu, Pak Kadir yang sebelum ini kata itu kononnya aset UMNO (lepas itu dia padam post dan beri amaran dron akan serang netizens yang kritik dia) tapi tak dikembalikan kepada UMNO pulak.

Kategori