DARI FB NAJIB RAZAK
SEBAB Rakyat biasa dibenar buat pengeluaran i-Sinar dari simpanan KWSP maka kerajaan pun mahu buat pengeluaran ala i-Sinar dari tabung simpanan KWAN.
Itulah jawapan diberi PPBM semalam kenapa kerajaan guna ordinan darurat untuk korek tabung amanah KWAN berjumlah sebanyak RM16.9 bilion yang dibina masa BN.
Tapi ada bezanya.
Sebab Rakyat biasa tak pinjam sekitar RM85 bilion (termasuk RM5.4 bilion dari pinjaman asing Sukuk Hijau dibuat minggu lepas) dalam tempoh 4 bulan sejak Darurat bermula.
Jawapan kerajaan PN ini juga tidak menjawab persoalan-persoalan utama.
Kenapa masih perlu kikis tabung simpanan masa depan negara jika sudah meminjam RM85 bilion dan menjual banyak aset dalam tempoh 4 bulan sejak permulaan tahun?
Ke mana perginya bajet asal RM3 bilion diluluskan dalam bajet 2021 yang kerajaan kata sudah cukup untuk membeli vaksin untuk 85% penduduk?
Ke mana perginya peruntukan tambahan RM2 bilion yang menjadikan jumlah bajet bagi vaksin sebanyak RM5 bilion yang diumumkan PM8 pada bulan Mac?