Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Jangkitan Virus, Gastritis: Sultan...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar telah dimasukkan ke...

Lebih 7.5 Juta Pengguna...

KEPALA BATAS - Lebih 7.5 juta pengguna pelbagai perkhidmatan dan kemudahan di lapan...

Kerajaan PH Mahu Sarawak...

SIBU - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) di peringkat persekutuan mahu Sarawak dimajukan setara...

KPT Ambil Langkah Serius...

GEORGE TOWN : Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sentiasa mengambil langkah serius untuk terus...

Neelofa Mohon Maaf, Akui Tidak Sensitif Situasi Semasa

KUALA LUMPUR – Pengacara popular Neelofa, 32, tampil memohon maaf berhubung dua isu mengenai dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) pada majlis perkahwinan dan kunjungannya ke Langkawi, Kedah bersama suami PU Riz, 26, baru-baru ini. 

Neelofa berkata, selepas timbul pelbagai spekulasi susulan dua isu terbabit yang tular, dia enggan mengeruhkan lagi keadaan yang berlaku, sebaliknya menerima dengan hati terbuka terhadap keputusan dan tindakan yang bakal dikenakan pihak berkuasa.

Menurutnya, dia dan suami serta ahli keluarga kedua-dua belah pihak sudah hadir ke Balai Polis Dang Wangi, di sini, untuk memberi keterangan dan membantu siasatan polis. 

“Saya dan suami pergi awal minggu ini, manakala keluarga suami hadir beberapa hari lalu dan ahli keluarga saya selesai memberi keterangan hari ini. Alhamdulillah kami semua sudah selesai memberi keterangan.

“Kalau kita lihat ada banyak versi cerita di luar sana berkaitan dua isu ini. Jadi, saya dengan seikhlas hati ingin memohon maaf atas segala kesalahan SOP yang dalam pengetahuan mahupun di luar pengetahuan saya berhubung dua isu ini. 

“Saya dan suami mengakui dan menerima dengan hati terbuka segala keputusan dan tindakan daripada pihak berkuasa,” katanya menerusi satu kiriman video kepada Harian Metro

Menurut Neelofa, dia mengakui kurang sensitif berhubung isu-isu yang berlaku terhadap dirinya. 


“Saya sekali lagi nak mohon maaf kerana kurang menjaga sensitiviti mengenai hal ini terhadap semua pihak. Saya akui ada banyak perkara saya terlepas pandang. Sepatutnya saya beri contoh yang lebih baik mengenai hal itu. 

“Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan. Semoga bulan mulia ini menjadi Ramadan yang terbaik buat kita semua. Sentiasa dalam lindungan Allah SWT dan mendapat ketenangan serta keberkatan, Insya-Allah,” katanya. 

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pasangan terbabit akan dikompaun jika siasatan polis mendapati kunjungan mereka ke Langkawi melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Neelofa melangsungkan pernikahan dengan pelakon dan pendakwah bebas, PU Riz di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.

Isu perlanggaran SOP pada majlis itu timbul selepas tular di media sosial satu gambar menunjukkan jemputan yang hadir tidak mematuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). – myMetro Online

Kategori