KUALA LUMPUR – Pagi tadi, pihak polis balai Dang Wangi di sini mengeluarkan kenyataan menjelaskan artis terkenal Neelofa dikenakan kompaun tidak boleh diskaun sejumlah RM20,000.
Manakala suaminya dikenakan RM10,000 dan 20 ahli keluarganya didenda RM1,500 setiap seorang (RM30,000).
Keseluruhan beliau, suami dan keluarganya dikompaun sebanyak RM60,000.
Tinjauan Mynewshub mendapati, warga net masih tidak berpuas hati dengan jumlah kompaun itu yang disifatkan terlalu rendah dengan kemampuan Neelofa.
Mereka juga membuat perbandingan dengan ‘Abang Burger’, penjual burger berseorangan di Kelantan yang dikenakan kompaun RM50,000 beberapa hari lalu kerana berniaga melebihi tempoh masa yang ditetapkan.
Begitu ramai yang ‘menjerit’ di media sosial mengenai keputusan kompaun itu sehingga nama Neelofa trending nombor 1 di Twitter, menewaskan hashtag #kerajaangagal.
Berikut beberapa luahan tidak puas hati netizen: