Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pengembara Luar Termasuk China...

SHAH ALAM - Semua pengembara yang tiba dari luar negara termasuk China di...

Kutipan GST Akan Dipulangkan...

PUTRAJAYA - Hasil tambahan negara yang dikutip melalui Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Nicol Juara Kejohanan Skuasy...

KUALA LUMPUR - Ratu skuasy Malaysia dan pemain nombor satu dunia Nicol David...

Kepala Dipenggal Di Depan...

KOTA BHARU - Tiga hari menahan lapar, mayat bergelimpangan dengan bau busuk selama...

Peguam Dakwa Hakim Terdorong Putuskan Najib Bersalah

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd bagaikan “terdorong” untuk memutuskan bekas perdana menteri itu bersalah.

Peguam beliau, Farhan Read berhujah demikian di hadapan panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dalam pendengaran rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman penjara ke atas beliau berhubung penyelewengan RM42 juta dana SRC International.

Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

“Kelihatan seolah-olah ada keinginan untuk memutuskan tertuduh bertanggungjawab. Hakim (Mohd Nazlan Mohd Ghazali) terdorong untuk memutuskan tertuduh bersalah,” katanya. 

Farhan berkata undang-undang jenayah bukanlah saluran yang tepat untuk tertuduh dipertanggungjawabkan kerana tertuduh sudahpun dipertanggungjawabkan pada pilihan raya umum yang lalu.


Kata peguam itu lagi dapatan hakim perbicaraan bagi memerintahkan Ahli Parlimen Pekan tersebut membela diri juga sangat prejudis.

Pada 28 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta terhadap Najib selepas mendapati beliau bersalah atas tujuh kesalahan membabitkan pecah amanah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa membabitkan wang berjumlah RM42 juta milik SRC International.

Pendengaran bersambung. – BERNAMA

Kategori