Tuesday, January 7, 2025

Creating liberating content

Felda United Unggul Di...

KUALA LUMPUR - Pendahulu Liga Premier, Felda United mengekalkan kedudukan teratas liga selepas...

Haflin Lancar Buku Sulung,...

KUALA LUMPUR - Isteri bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri...

Bomba Terima 2 Helikopter...

PETALING JAYA - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) secara rasmi menerima dua...

Misteri Tabung Masjid Sering...

Sabak Bernam - Misteri tabung Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Pekan Sabak Bernam, di...

Penganggur Didakwa Cederakan Penghantar Makanan

GEORGE TOWN – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang penghantar makanan dengan menggunakan penukul besi, Selasa lalu.

Muhammad Aslam Hashim, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Jamaliah Abd Manap.

Tertuduh didakwa mencederakan Koay Eng Tat, 40, dengan menggunakan penukul besi di kepala di perkarangan Apartmen Desa Permai Indah di Jalan Helang, Sungai Dua kira-kira 4 petang, 20 April lalu.

Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda, atau sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Yazid Mustaqim Roslan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Mei depan untuk sebutan semula kes. – myMetro Online

Kategori