Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

‘Betul Encik…Ada Orang Sengaja...

KOTA KINABALU - "Betul encik... ada orang sengaja letak pil (ecstacy) dalam minuman...

Plaza Tol Gopeng Ditutup...

KUALA LUMPUR - Laluan masuk Plaza Tol Gopeng di Lebuhraya Utara-Selatan ditutup kepada...

Muka Macam Belon Akibat...

SEORANG wanita muda yang dilahirkan dengan tahi lalat kanser yang besar kini terpaksa...

Malaysia Bawa Masuk Lebih...

KUALA LUMPUR - Selain Indonesia, Malaysia sedang mengadakan perbincangan dengan India, Bangladesh dan...

Pergerakan Rentas Negeri Kekal Tidak Dibenarkan

KUALA LUMPUR – Kerajaan kekal tidak akan membenarkan pergerakan rentas negeri berikutan ia adalah salah satu penyebab peningkatan kes positif harian Covid-19 di negara ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu diputuskan oleh mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Covid-19 pada Jumaat.

Menurutnya, beliau sedia maklum keputusan ini sudah tentu tidak disukai rakyat, namun ia perlu diambil untuk menyekat penularan pandemik berkenaan.

“Di negara-negara lain tengok peningkatan kes yang berlaku. Di India kini rekodkan kes positif Covid-19 lebih 200,000 kes sehari melonjakkan angka positif keseluruhan melepasi 14 juta.

“Di ibu negara New Delhi puluhan hotel dan dewan perkahwinan ditukar menjadi pusat menempatkan pesakit Covid-19.


“Sudah pasti kita tidak mahu Malaysia jadi seperti itu. Jadi sekali lagi saya tekankan, supaya tingkatkan kawalan kendiri dan patuhi SOP, kita jaga kita,” katanya pada sidang akhbar mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini pada Jumaat. – Sinar Harian

AKAN MENYUSUL

Kategori