Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Moody’s Sahkan Penarafan Malaysia...

KUALA LUMPUR - Moody's Investors Service mengesahkan penarafan penerbit jangka panjang mata wang...

Mana-Mana Kerajaan Akan Dikritik...

PUTRAJAYA - Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan kritikan terhadap kerajaan berhubung pemberian kontrak...

Perniagaan Menunggu Akses Pasaran...

AUCKLAND - Perniagaan di Malaysia, termasuk perusahaan kecil dan sederhana kini menunggu peluang...

8 GAMBAR : Bilik...

Gara-gara pertengkaran sesama pelajar, sebuah kelas di SMK Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur dibakar...

Pukul ‘Bodyguard’ Berpuasa: Majikan Didakwa Lagi

KUALA LUMPUR – Majikan yang didakwa di Mahkamah Majistret Klang pada Khamis atas tuduhan memukul dua pengawal peribadinya kerana berpuasa, sekali lagi didakwa atas tuduhan sama di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat.

Chung Chee Yang, 43, yang merupakan ahli perniagaan dalam bidang hartanah bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas empat pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Fared Abdul Latif.

Mengikut semua pertuduhan, Chee Yang yang tiba di mahkamah dengan memakai baju T berkolar biru didakwa menyebabkan kecederaan kepada Ahmad Shamsuri Zailani, 27, dan Mohd Azminizam Zulkepli, 44.

Kesemua kesalahan dilakukan di dalam lif dan lobi sebuah kondominium di Dang Wangi di sini pada jam 8.40 dan 8.43 malam, 13 April lalu.

Bagi setiap kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun, denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Ashikin Mokhtar mencadangkan Chee Yang dikenakan ikat jamin sebanyak RM20,000 bagi setiap pertuduhan kerana kes berkenaan menyentuh isu sensitiviti agama dan masyarakat.

“Ia adalah kesalahan serius yang mana membabitkan majikan dan pekerja. Pekerja sepatutnya dilindungi dan dilayan secara berkemanusiaan.

“Lebih-lebih lagi kedua-dua mangsa telah lama berkhidmat dengan tertuduh, antara tiga dan tujuh tahun,” katanya.


Bagaimanapun, Chee Yang yang diwakili peguam, Abdul Hakeem Aiman merayu agar kadar berkenaan dikurangkan atas faktor tahap kesihatan anak guam serta tanggungan keluarga.

“Chee Yang menyara ibu bapa, isteri dan empat anaknya selain dia mempunyai penyakit kanser usus dan insomnia.

“Anak guam saya merupakan seorang ahli perniagaan terkemuka dan dia banyak berjasa kepada masyarakat di Klang menerusi kerja amal di sekolah dan kuil,” katanya.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Mohamad Fared membenarkan Chee Yang diikat jamin sebanyak RM10,000 dan menetapkan 2 Jun depan sebagai sebutan semula kes.

Pada Khamis, Chee Yang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Klang atas lima pertuduhan iaitu mencederakan, melakukan ugutan menggunakan pistol dan mengeluarkan perkataan menghina agama Islam terhadap dua pengawal peribadinya dalam kejadian pada minggu lalu. – Sinar Harian

Kategori