Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

China Dakwa Washington Tiada...

ISTANBUL - China pada Khamis mendakwa Washington tidak memberikan sebarang bukti bahawa aplikasi...

Aliff Syukri Amuk Di...

SEKARANG ni ramai usahawan yang dah berjaya bila menjalankan perniagaan pakaian atau barangan...

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‹Å“Dulu 7 Coli.. Kini...

Kota Tinggi - Satu keluarga bingung apabila rumah mereka di Jalan Mohamed di...

Syiah Houthi Nyatakan Hasrat...

KAHERAH ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā‚¬Å“ Kumpulan Syiah Houthi menyatakan kesediaan untuk mengadakan rundingan damai sekiranya kempen...

Realistikkah Sasaran LHDN?

DARI FB NAJIB RAZAK

KUTIPAN cukai langsung LHDN pada tahun 2018 dan 2019 adalah jauh lebih tinggi berbanding tahun 2017.

Pada masa itu, ramai yang mengadu bahawa LHDN terlalu agresif mengutip cukai dari Rakyat pada masa ekonomi semakin turun sebab kerajaan ingin ganti hasil GST yang telah dimansuhkan kerajaan PH.

Semasa ekonomi berkembang pesat pada tahun 2017 sebelum PRU14, kutipan cukai LHDN adalah sebanyak RM123 bilion.

Jumlah kutipan naik ke lebih RM140 bilion pada tahun 2019 walaupun pertumbuhan ekonomi jatuh ke paling rendah sejak 10 tahun lalu masa itu dan jatuh ke RM123 bilion tahun 2020 lepas akibat pandemik.

Namun, sasaran kutipan LHDN bawah kerajaan PN dinaikkan semula ke RM144 bilion untuk tahun 2021 – iaitu hampir sama dengan tahun 2019 sebelum pandemik Covid melanda dan jauh melebihi kutipan RM123 bilion pada tahun 2017 semasa ekonomi berkembang pesat.


Adakah ianya realistik bahawa pendapatan orang ramai pada tahun 2021 ini akan memulih kepada paras tahun 2019 sedangkan Covid masih melanda dan pada ketika gaji permulaan graduan sudah jatuh ke bawah paras gaji minimia dan beberapa sektor utama negara seperti sektor penerbangan dan sektor pelancongan masih lumpuh?

Ataupun kerajaan PN akan lebih agresif untuk mengutip cukai dari Rakyat berbanding kerajaan PH dahulu dengan menggunakan pendekatan “bayar dulu, bincang kemudian” terhadap Rakyat seperti warta baru kerajaan pada bulan Disember 2020 dan setelah PM8 dedahkan kerajaan tak banyak wang lagi setelah PN belanja RM600 bilion?

NOTA: Jangan harap nak kutip penalti cukai tambahan RM1.74 bilion yang tak wajar dari saya sebab saya tiada wang sebanyak RM1.74 bilion untuk bayar.

“1 Mac 2021: Sasaran kerajaan kutip cukai RM143.9 bilion pada 2021 – Tengku Zafrul”
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sasaran-kerajaan-kutip-cukai-rm1439-bilion-pada-2021-tengku-zafrul-285350

Kategori