Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Skandal Terowong Dasar Laut:...

GEORGE TOWN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu beberapa pejabat di Kompleks...

TPM Singapura Di Putrajaya...

SINGAPURA -- Timbalan Perdana Menteri Singapura Teo Chee Hean berada di Putrajaya pada...

Kapal MT Pablo Tidak...

Johor Bahru : Kapal tangki MT Pablo yang terbakar kira-kira 50 peratus di...

Wanita Hamil Dikesan Positif...

SINGAPURA - Seorang wanita hamil yang tinggal di kawasan Aljunied Crescent/Sims Drive...

Ribut Petir Ketika Ini Bukan Cuaca Ekstrim

KUALA LUMPUR – Keadaan hujan lebat dan ribut petir melanda kebanyakan kawasan pantai barat Semenanjung ketika ini bukan perkara luar biasa atau cuaca ekstrim, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), Jailan Simon.

Jelas beliau, keadaan cuaca itu berikutan negara kini berada dalam fasa peralihan monsun yang kebiasaannya menyebabkan hujan lebat atau ribut petir untuk waktu singkat, pada waktu petang dan awal malam.

“Setiap tahun perkara (ribut petir) ini berlaku sebenarnya dan selain kilat, ia kadangkala membawa angin kencang sehingga boleh merosakkan struktur bangunan atau pokok tumbang dan sebagainya.

“Agak sukar untuk kami mengatakan cuaca sekarang semakin ekstrim. Ini kerana ribut petir sebagaimana yang berlaku semalam (di Kuala Lumpur) pernah berlaku sebelum ini,” katanya, hari ini.

Beliau mengulas kejadian banjir kilat di beberapa kawasan sekitar ibu kota semalam, susulan hujan lebat dan ribut petir berterusan sejak 4.30 petang.

Banjir kilat itu menyebabkan kenderaan ditenggelami air serta kesesakan lalu lintas, malah di media sosial juga, orang awam turut berkongsi visual kesan kerosakan harta benda selain struktur bangunan, termasuk gerai khemah peniaga bazar Ramadan roboh dan cermin bangunan pecah akibat dibadai ribut.

Jailan berkata, dalam keadaan ribut petir, angin kencang boleh mencapai kelajuan melebihi 100 kilometer per jam (km/j) yang boleh menyebabkan pokok tumbang serta kerosakan pada struktur bangunan.


Beliau berkata, MetMalaysia meramalkan keadaan cuaca itu akan berterusan untuk tempoh beberapa hari akan datang dan pada minggu hadapan, situasi cuaca itu dijangka berkurangan.

“Pada minggu depan, keadaan ini mungkin berkurangan apabila angin mula berubah, namun orang ramai termasuk peniaga serta pengunjung di bazar Ramadan dinasihat untuk lebih berhati-hati dan memantau keadaan cuaca,” katanya.

Berdasarkan laporan tinjauan cuaca jangka panjang MetMalaysia pada 30 Mac lalu, fasa peralihan monsun bermula pada 16 Mac dan berterusan sehingga pertengahan Mei 2021 yang menandakan berakhirnya fasa Monsun Timur Laut sejak 11 November tahun lepas.

Dalam tempoh itu, Malaysia menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang menyebabkan pembentukan ribut petir lazimnya melanda negeri pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak.

Keadaan cuaca itu berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur tidak kukuh. – BERNAMA

Kategori