Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

1,100 Rumah PR1MA Bagan...

BAGAN SERAI - Sebanyak 1,100 unit rumah di bawah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia...

Tempoh Serah Penyata Belanja...

PUTRAJAYA – Tempoh penyerahan penyata belanja Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) berakhir pada...

Wanita Pelarian Sudan Kini...

HITAM itu menawan. Ia dibuktikan oleh model dari selatan Sudan ini, Nyakim Gatwech. Namanya...

Miss Phang ‘Bohong’ Akuan...

GEORGE TOWN - Ahli perniagaan Phang Li Koon didakwa berbohong dalam akuan bersumpah...

SKMM Sekat Iklan Raya Promosi Judi Di Media Sosial

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan menyekat satu video iklan raya yang mempromosi kegiatan perjudian dalam talian dan menyinggung umat Islam daripada terus tersebar di media sosial.

SKMM dalam satu kenyataan, hari ini memaklumkan sudah berkomunikasi dengan pihak penyedia platform media seperti Facebook, Twitter, dan YouTube untuk menurunkan kandungan berkenaan.

“Penurunan video berkenaan dilakukan mengikut terma perkhidmatan serta piawaian komuniti yang ditetapkan oleh pihak mereka, yang berpangkalan di luar negara. 

“Pada masa sama, pihak yang terbabit menghasilkan iklan seperti pihak produksi dan pelakon seharusnya perlu lebih peka untuk tidak turut sama bersubahat dalam kegiatan mempromosikan judi dalam talian, yang jelas adalah satu kesalahan.

“Penghasilan kandungan adalah tertakluk kepada Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia untuk dipatuhi oleh mereka yang terbabit dengan penghasilan dan pengedaran kandungan,” katanya.

Katanya lagi, tindakan itu diambil selepas mendapati kandungan iklan yang tular di media sosial iklan itu didapati mengajak umat Islam di negara ini berjudi bagi mendapatkan dana balik kampung sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut kenyataan itu, dalam kebebasan menyediakan kandungan, penyedia harus mengikuti kod kandungan sesuai dengan norma masyarakat Malaysia yang majmuk.


“Pengguna media sosial juga perlulah lebih bertanggungjawab dengan melaporkan terus perkara sebegini kepada pihak berkuasa untuk tindakan susulan mereka dan bukannya menyebarluaskan kandungan berkenaan. 

“Perbuatan menyebarluaskan kandungan berkenaan hanya akan membantu secara langsung pihak berkenaan dalam menyebarkan dakyah mereka mempromosikan perjudian dalam talian yang boleh memudaratkan masyarakat Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, katanya kegiatan judi dan promosi judi dalam talian adalah tertakluk mengikut Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953, di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

Katanya, sejak 12 Mac 2021 lalu juga pihaknya sudah menyekat secara laluan pantas (‘fast-track’) dengan membantu PDRM mengarahkan penyedia perkhidmatan Internet untuk menyekat akses ke atas laman sesawang yang melanggar peruntukan undang-undang di bawah Akta yang sama. – BH Online

Kategori