Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Comelnya! Lara Alana Lawat...

SEMALAM, pengacara popular Awal Ashaari telah menjalani pembedahan membuang batu dalam hempedu di...

Akhirnya Guan Eng Mengaku...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak mempertahankan bahawa hutang negara semasa pentadbiran...

Beli Rumah Siap Pakej...

IA merupakan mimpi ngeri bagi mereka yang ingin membeli sebuah rumah di South...

Rayuan Liwat: Nasib Anwar...

MELEWATI dua bulan tanpa perkembangan setelah tamat prosiding hujahan pada 4 November 2014, akhirnya...

SPRM Tahan 6 Disyaki ‘Orang Dalam’ Sindiket PLKS Palsu

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam individu disyaki menjadi ‘orang dalam’ sindiket pengeluaran Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) palsu yang ditumpaskan pada Selasa lalu.

Kesemua mereka diberkas secara berasingan di sekitar Kuala Lumpur, malam tadi.

Empat daripada mereka adalah pekerja teknikal syarikat pembekal sistem, manakala dua lagi kakitangan Jabatan Imigresen (Imigresen) berusia antara 34 hingga 42 tahun.

Sumber berkata, empat pekerja teknikal itu dipercayai bertanggungjawab memasang peranti dan perisian bagi tujuan menggodam Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs).

“Penahanan pekerja syarikat pembekal sistem itu turut membawa kepada penemuan beberapa komputer di Imigresen yang dilengkapi peranti dan perisian penggodaman.

“Dua kakitangan Imigresen pula disyaki bersekongkol membantu sindiket terbabit menjalankan kegiatan menggodam sistem berkenaan.

“Mereka disyaki turut menerima rasuah sebagai habuan bersubahat dalam kegiatan itu,” katanya.

Susulan itu, menurut sumber berkenaan lagi, beberapa perkakasan teknologi maklumat (IT) dan komputer disita dari pejabat Imigresen.

“Komputer riba dan ‘external hard disk’ milik pekerja syarikat pembekal sistem berkenaan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan penggodaman sistem, turut disita.

“Setakat ini, pihak SPRM sudah mengenal pasti empat hotel ternama di sekitar Kuala Lumpur yang dipercayai dijadikan pusat operasi penggodaman itu,” katanya.


Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terbaru berkenaan.

“Kami melihat isu penggodaman ini sebagai kesalahan amat serius terhadap aspek keselamatan negara.

“Kesemua suspek akan disiasat berhubung pembabitan mereka disyaki bersekongkol menggodam sistem imigresen.

“Segala sudut undang-undang jenayah akan dilihat dalam pelaksanaan siasatan ini,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan sindiket pengeluaran PLKS palsu, tumpas apabila lima individu termasuk seorang bergelar Datuk, ditahan dalam operasi besar-besaran di 22 lokasi sekitar Kuala Lumpur, Selasa lalu.

Operasi SPRM dengan kerjasama Imigresen turut merungkai kegiatan sindiket itu yang mengakibatkan ketirisan ratusan juta ringgit hasil kepada kerajaan yang sepatutnya diperoleh daripada levi pekerja asing.

Berikutan itu, sebanyak 147 akaun meliputi 30 individu dan 11 syarikat dengan nilai berjumlah RM9.98 juta dibekukan.

Selain itu, 30 unit hartanah dengan anggaran nilai berjumlah RM11.87 juta dan 66 kenderaan bernilai RM13.69 juta, disita serta dibekukan. – BH Online

Kategori