Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Russia, Ukraine Tukar Lebih...

KYIV: Russia dan Ukraine melakukan pertukaran tahanan secara besar-besaran dengan 106 tawanan perang...

Satu Tarikh Akan Ditetapkan...

KOTA KINABALU - Mahkamah Khas Pilihan Raya akan menetapkan satu tarikh bagi mengumumkan...

Lelaki Warga Asing Cedera...

PETALING JAYA : Lelaki warga asing cedera selepas ditikam di pinggang dalam pergaduhan...

Laporan Penuh Punca Tragedi...

ALOR SETAR - Laporan penuh siasatan bagi mengenal pasti punca tragedi yang mengorbankan...

Terjemahan Sidang Media Shafee Berkaitan Rayuan Kes SRC

TERJEMAHAN SIDANG MEDIA TS SHAFEE ABDULLAH BERKAITAN RAYUAN KES SRC PADA 5 APRIL 2021.

Hakim Mahkamah Tinggi yang bijaksana telah membuat kenyataan sebagai contoh, “Sungguhpun sekiranya Bank Negara telah memberikan amaran kepada DSN berkaitan transaksi wang mencurigakan yang masuk ke dalam akaun beliau, DSN tidak akan mempedulikannya kerana beliau sangat berkuasa dan tidak akan menghiraukannya.”

Dari mana beliau (hakim) ini mendapat idea ini kita tidak tahu. Tetapi beliau beri penemuan ini antara lain.

Jadi untuk membidas ini, kita menemui perkembangan baru dalam 3 perkara.

Yang pertama, Goldman Sachs dan Tim Leissner telah mengaku salah di New York. Di New York ketika mereka mengaku salah, mereka juga telah mengatakan (bagi mengurangkan hukuman terhadap mereka) Tim Leissner telah mengatakan bahawa beliau telah merasuah pegawai-pegawai 1MDB dan pegawai-pegawai berkaitan lain. Beliau telah merasuah mereka dengan wang haram yang diperolehinya.

Ini adalah sangat relevan kerana sekiranya pegawai-pegawai 1MDB, SRC dan syarikat berkaitan lain telah dirasuah oleh Tim Leissner yang merupakan sekutu Jho Low, maka adalah tidak menghairankan mengapa Najib tidak mendapat apa-apa amaran dari pengurusan tertinggi 1MDB dan SRC.

Maka hujah pembelaan DSN bahawa terdapat konspirasi melibatkan agensi-agensi berkaitan iaitu SRC, 1MDB, Ambank dan penasihat kewangan Goldman Sachs.

Beliau telah mengatakan sedemikian; bahawa mereka ini telah berkonspirasi di belakang beliau untuk menjana keuntungan tetapi beliau yang dimangsakan sebagai tertuduh.

Wang yang DSN jangkakan akan masuk ke akaun beliau adalah hanya wang derma dari kerajaan Arab Saudi. Dan beliau telah memberikan bukti statement bank dari pihak Saudi kepada bank dan bank telah menyerahkannya kepada Zeti yang merupakan Gabenor Bank Negara masa itu.

Itu yang pertama. Jadi kita telah membuat permohonan di New York pada bulan November, tetapi sehingga kini, kita tidak dapat memperolehi informasi ini (siapa yang dirasuah) kerana DOJ dan kerajaan Amerika menghalang informasi ini.

Anda boleh bayangkan betapa informasi ini amat kritikal bagi kami. Kerajaan Amerika dan DOJ sedang bertindak seiringan dengan Tim Liessner dan Goldman Sachs untuk menghalang informasi ini dari diperolehi kami kerana kami perlukannya untuk pembelaan kes Najib ini.

Ketika kes SRC sedang berjalan, kita tidak tahu tentang perkara ini.

Bukan saja itu, Roger Ng telah juga mengatakan di New York bahawa beliau tahu ada informasi yang sepatutnya diperolehi DSN yang boleh membantu dalam pembelaan Najib tetapi dimiliki oleh Goldman Sachs dan Tim Liessner.

Permohonan ini telah dibuat oleh kami di New York. Kita telah melantik peguam-peguam di New York. Sejak November permohonan telah dibuat.

Ia dipanggil 1782 application. Ia adalah permohonan mendapatkan bahan bukti. Saya rasa ada antara anda wartawan yang mengikuti kes ini.

Hakim telah mengarahkan supaya informasi ini diserahkan kepada kami, tetapi DOJ telah memohon supaya arahan ini ditangguhkan.

Ini adalah tidak adil dan kita tidak faham mengapa sebuah kerajaan bersikap sedemikian.

Saya juga difahamkan bahawa mereka telah berbincang dengan Kerajaan Malaysia. Apa yang dikatakan oleh kerajaan Malaysia sama ada untuk membantu kami ataupun tidak, itu kami tidak tahu.

Tapi adalah aneh, kami tidak dibantu untuk mendapatkan dokumen yang kami berhak mendapatkannya untuk mempertahankan diri.

Jadi kami beritahu kepada mahkamah tadi bahawa, kesemua ini (bukti-bukti ini) akan tiba tak lama lagi. Saya ramalkan mungkin dalam tempoh 1-1.5 bulan. Jika dokumen ini sampai saya boleh failkan bukti tambahan.

Jika dokumen ini tak sampai, saya tak boleh fail. Dan saya telah berusaha mendapatkan dokumen ini sejak November tahun lepas.

Usaha ini terbukti dan sekiranya anda mahu buktinya ia bersama saya.

Baik. Itu di New York.

Berkaitan Zeti pula, kita tahu secara pasti sekarang bahawa keluarga Zeti menerima jutaan ringgit…saya rasa dalam 16-17 juta dollar dari Jho Low. Dan duit ini telah diletakkan di Singapura.

Malah pada satu ketika, akaun itu pernah mengandungi lebih SGD 200 juta! Tetapi katanya jumlah yang diperolehi mereka adalah antara USD 16-17 juta. Wang ini adalah untuk siapa? Suami Zeti, Tawfiq Ayman dan kedua anak lelaki mereka.

Adalah amat sukar untuk mempercayai bahawa TS Zeti tidak tahu semua ini.

Kami ada dokumen dalam bentuk Akuan Bersumpah (SD) yang disahkan oleh Notary Public yang merupakan seorang peguam yang sangat senior.

Dan juga mempunyai pengesahan dari peguam itu bahawa dokumen yang beliau sahkan itu adalah benar.

Akuan bersumpah ini melibatkan 4 pihak, Tawfiq Ayman, 2 anak Zeti dan syarikat mereka bernama Cutting Edge Group.

Mereka telah membuat deklarasi bahawa mereka tidak lagi berminat menuntut wang tersebut (yang diletakkan di dalam akaun Cutting Edge di Singapura).

Kenapa mereka tidak berminat? Kerana ia adalah wang haram. Kerana ia adalah wang yang diberi oleh Jho Low kepada mereka dan kami ada bukti-bukti lain betapa rapatnya Jho Low dengan keluarga Zeti. Saya tidak mahu ulas lebih dari itu.

Ini bermakna, orang yang diharapkan oleh DSN di Bank Negara untuk memberi amaran kepada beliau sekiranya terdapat sesuatu yang mencurigakan. Memanglah tidak akan melakukannya kerana mereka sendiri (Zeti) terlibat dengan Jho Low.

Jadi bukti ini adalah kritikal kerana kes ini akan menjadi lebih jelas.
Bahawa sebab mengapa DSN tidak sedar akan konspirasi ini adalah kerana, keseluruhan mereka ini berkonspirasi di belakang beliau.

Jadi kami beritahu kepada mahkamah bahawa kami telah menulis kepada Singapura, setelah mendapat pengesahan dari peguam Malaysia.


Kami menulis kepada Morotary Authority of Singapore (MAS) memohon supaya mereka mendedahkan adakah benar akaun Cutting Edge dan akaun-akaun berkaitan Jho Low ini. Pihak berkuasa Singapura mengambil masa 3 bulan untuk menjawab kami. Mereka kata Tidak. Kami tidak tahu mengapa.

Pengakuan bersalah oleh seseorang di Singapura, di mahkamah terbuka pula tu, kami minta seorang peguam di Singapura untuk mendapatkan sesalinan transkrip perbicaraan itu, pihak berkuasa Singapura kata tak boleh. Mereka tak boleh berikannnya kepada kami. Saya tidak faham mengapa dokumen mahkamah tidak boleh diberikan kepada saya apabila ia amat mustahak bagi kes pembelaan saya.

Ia kelihatan jelas bahawa terdapat usaha-usaha jahat ramai orang untuk menafikan keadilan buat anak guam saya.

Kami juga menulis kepada CAD Singapura (Commercial Affairs Department). Kami minta mereka untuk mengizinkan kami memperolehi pengesahan dan dokumen berkaitan isu Zeti dan keluarganya ini.

Mereka juga baru menjawab kami bahawa mereka tidak akan melayan permohonan kami. Saya telah beritahu ini kepada mahkamah.

Saya juga telah bertanya kepada pendakwaraya kita (bukan DPP kes SRC, tapi DPP kes 1MDB). Dan saya telah menulis kepada MACC dan saya telah memohon di dalam mahkamah (di dalam Mahkamah Hakim Collin).

Saya telah beritahu bahawa Ambank telah dihukum dan mereka telah dikenakan denda yang amat keras. Pada awalnya mereka disyorkan dikenakan denda RM5 billion oleh MACC atas salah laku mereka.

Apakah salah laku mereka? Salah laku mereka adalah melibatkan 1MDB, SRC dan lain-lain. Bayangkan pihak bank bersekongkol dengan Jho Low dan bersekongkol dengan pegawai-pegawai untuk menjana keuntungan dengan memangsakan DSN kerana beliau tidak tahu apa yang dirancang oleh pegawai-pegawai bank ini.

Jadi kami telah mohon kepada mahkamah, kepada Pendakwaraya, kepada MACC, untuk serahkan kepada dokumen yang berkenaan supaya kami boleh failkan.

Dalam prosedur rayuan, tidak ada penemuan dokumen (discovery). Ketika perbicaraan anda boleh buat discovery. Kerana itulah kami lakukan proses discovery ini di dalam Mahkamah Hakim Collin.

Jika kami tak dapat discovery ini, bagaimana kami hendak memberikan bahan bukti?

Kami ada sebahagian tetapi ia cukup konkrit untuk menerangkannya. Tetapi ia sangat informatif tetapi kami perlukan lebih lagi.

Jadi atas asas semua inilah anda perlu faham mengapa penangguhan kes dipohon. Saya telah nyatakannya dengan jelas di dalam mahkamah terbuka tadi tetapi ada antara kamu yang tidak mengikutinya dan mengatakan bahawa tiada alasan yang diberikan oleh kami. Saya telah beritahunya bulat-bulat di dalam mahkamah secara panjang lebar sama seperti sekarang. Bagaimana anda boleh terlepas pandang? Ok? Jadi itulah alasannya mengapa kami mahukan penangguhan. Bukan kerana sebab lain tetapi bukti-bukti tambahan ini adalah amat mustahak. Sekiranya anda tak faham sila tanya saya, saya boleh jelaskan kepada anda.

Ada soalan?

Soalan wartawan (kurang jelas audio): Anda katakan di mahkamah bahawa hakim mahkamah tinggi (Nazlan) tidak berpengalaman?

TSSA: Ya saya katakannya di mahkamah tadi. Dan saya boleh mengulanginya semula. Tetapi saya tak boleh ulas lebih dari itu kerana saya tidak mahu terlibat di dalam masalah.

Dalam sejarah Malaysia, kes sebesar ini…kes ini mungkin bukan hanya kes terbesar di Malaysia malah dunia. Saya boleh katakan demikian. Begitu komplikated, semua orang patut jangkakan seorang hakim yang amat senior yang mempunyai pengalaman luas dalam kes jenayah ditugaskan untuk mengendalikan kes ini.

Jika kamu ingat kes Datuk Harun Idris…beliau ada 2 set kes. Kes pertama adalah kes Bank Rakyat. Dan siapa yang kendalikan kes itu? Mereka hantar seorang Hakim Mahkamah Persekutuan bernama Raja Azlan Shah untuk mendengar kes tersebut di Mahkamah Tinggi.

Kes kedua Datuk Harun, mereka hantar seorang lagi hakim yang juga amat senior bernama Eusoffe Abdoolcader yang merupakan seorang pengamal perundangan swasta ternama sebelum menjadi seorang hakim mahkamah jenayah dan sivil dan sangat berpengalaman.

Di dalam kes Mokhtar Hashim, menteri yang didakwa membunuh, siapa yang mereka hantar untuk menjadi hakim? Mereka hantar Hashim Yeop Sani, seorang hakim Mahkamah Persekutuan yang sangat senior.

Dalam kes Anwar Ibrahim, siapa yang mereka hantar? Mereka hantar hakim mahkamah jenayah yang paling berpengalaman Augustine Paul.

Dan satu lagi kes adalah Hakim Ariffin Jaka yang merupakan hakim mahkamah jenayah yang sangat berpengalaman dan bekas Pendakwaraya selama bertahun-tahun.

Dalam kes Liwat 2.0 siapa yang dihantar? Seorang hakim yang sangat berpengalaman sebelumnya sebagai pendakwaraya dan juga hakim mahkamah jenayah yang berpengalaman Hakim Zabidin Diah.

Jadi soalannya adalah, mengapa dalam kes Najib , pada saat akhir anda tukar hakimnya dari seorang hakim mahkamah jenayah yang sangat berpengalaman iaitu Hakim Sofian kepada seorang hakim yang ini merupakan kes jenayah pertama yang dihakiminya!

Ini adalah pengalaman kes jenayah pertama baginya. Saya katakan ini kerana sekiranya anda periksa apa yang saya hujahkan tadi di mahkamah, prinsip perundangan jenayah adalah sukar. Anda tidak boleh melantik orang yang tidak berpengalaman dalam kes jenayah kerana dia akan merosakkan sistem seperti Lord (kurang jelas)

Kita selalu fikir bahawa hakim mahkamah jenayah ni senang. Lantik je siapa-siapa dan mereka boleh lakukannya. Itulah komen saya.

Soalan wartawan (kurang jelas): Bolehkah anda habiskan ….

TSSA: Belum tahu lagi tapi kami harap kami sempat menghabiskannya. Jadi kami habiskan minggu ini, mereka habiskan minggu depan. Dan kami beri hujah balas minggu selepas itu.

Soalan wartawan: Kerajaan yang anda sebut tadi itu merujuk kepada kerajaan sekarang bukan, anda bercakap tentang kerajaan sekarang.

TSSA: Sebelum dan kerajaan kini (PH dan PN). Ia berterusan. Ia adalah kerajaan sebelum ini dan kerajaan sekarang kerana kami failkan permohonan lama sebelum ini. Dan sebelum kami failkan mereka sudah mengetahui semua ini.

Tapi anda tahu, bahawa permohonan kami ini apabila saya katakan saya perlukan maklumat ini, orang seperti Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng pun mengatakan bahawa DSN berhak mendapatkan maklumat ini. Jadi kenapa kamu sembunyikan?

Ok? Terima kasih.

Kategori