Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Khairy Letak Jawatan Komander...

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin meletak jawatan sebagai Komander Regimen...

Baru 6 Tahun Tapi...

NEW DELHI – Baharu berusia enam tahun tetapi sudah berkahwin. Ia merupakan sesuatu...

Kepada Makcik Pemandu Bas,...

“KEPADA makcik pemandu bas, semoga tabah. Saya doakan rezeki makcik bertambah dan diberkati...

Tiada Belas Kasihan Bagi...

KOTA BHARU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) beranggapan pemberi dan penerima rasuah...

Terlepas Janji Temu: Pendaftaran Vaksin Tidak Terbatal

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memberi jaminan pendaftaran individu sebagai penerima vaksin tidak akan terbatal sekiranya mereka terlepas panggilan telefon untuk menetapkan tarikh temu janji.

JKJAV memaklumkan, panggilan telefon adalah antara cara digunakan untuk memaklumkan tarikh temu janji kepada individu yang sudah mendaftar untuk menerima vaksin COVID-19.

Bagaimanapun, katanya, nama individu itu tidak akan dipadamkan daripada sistem sekiranya mereka tidak menjawab panggilan berkenaan.

“Untuk makluman, panggilan telefon adalah antara cara anda akan terima tarikh temu janji dan peringatan (tarikh penerimaan vaksin).

“Namun, nama anda tidak akan ‘burn’ (terbatal) sekiranya anda tidak menjawab panggilan telefon,” jelas JKJAV menerusi Twitter, hari ini.

Penjelasan itu bagi menjawab satu siri twit daripada netizen yang mendakwa pendaftaran penerima vaksin COVID-19 akan terbatal sekiranya individu terlepas panggilan untuk mengesahkan temu janji.


Mengulas proses pengesahan penerimaan vaksin, JKJAV memaklumkan selain panggilan telefon, penerima vaksin yang mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera juga akan menerima tarikh temu janji melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan notifikasi dalam MySejahtera, 14 hari sebelum tarikh berkenaan.

Apabila menerima notifikasi berkenaan, penerima vaksin perlu membuat pengesahan tarikh yang diberikan dengan menjawab ya atau tidak.

Pemohon yang sudah menerima SMS boleh menyemak status temu janji di MySejahtera, vaksincovid.gov.my dan 1800-888-828 dengan menggunakan nombor kad pengenalan atau pasport dan nombor telefon berdaftar.

“Anda perlu sahkan kehadiran dalam masa 48 jam. Jika tidak berjaya menjawab atau anda menjawab TIDAK, tarikh anda akan dijadualkan semula,” katanya. – BH Online

Kategori