TUN M kata dia sedia kerjasama dengan PN di PRU ke 15. Asalkan tidak ada individu yang digelarnya “penyangak”.
Dia dakwa seluruh rakyat Malaysia tahu susuk tubuh “penyangak” yang dimaksudkannya. Semua orang tahu dia tuju kepada Najib.
Sebenarnya Tun M amat takut dengan Najib. Najib adalah penghalang utama agenda besar beliau untuk naikkan Mukriz sebagai Perdana Menteri.
Paling Tun M tidak tahan ialah dalam semua survey populariti, Najib tetap nombor satu. Mukriz tidak masuk senarai. Tun M pula dalam senarai terbawah.
Tetapi baguslah kalau PN terima Tun M balik. Hamzah Zainudin pun cakap PN sedia terima sesiapa pun termasuk Tun M. Sekarang ini PN akan terima siapa sahaja kaki lompat.
Untuk pengetahuan Tun M, dia tidak perlu bimbang susuk tubuh Najib ada dalam PN. UMNO tidak akan bekerjasama dengan PPBM di PRU ke 15. Itu keputusan MKT.
Bahkan UMNO juga buat keputusan di PAU 2020 iaitu UMNO akan keluar daripada Kerajaan PN.
Maka kalau Tun M mahu masuk PPBM atau PN masuklah. Rakyat sudah kenal beliau. Di mana saja beliau ada, akan ada masalah kronik.
Lagi cepat dia masuk PN, lagi cepat PN masuk kubur. Itu yang berlaku kepada PH. Susuk tubuh penyangak politik lagi bahaya.
Dr Puad Zarkashi