Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Teknik ‘Couching’ Amat Bahaya...

BALIK PULAU - Kementerian Kesihatan menasihati orang ramai agar tidak terpengaruh dengan rawatan...

Wanita Maut, Empat Lagi...

Sungai Siput : Kanak-kanak perempuan antara empat yang cedera dalam kemalangan yang mengorbankan...

Eizlan Yusof Tuntut PDRM...

KUALA LUMPUR - Penerbit dan pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof menuntut Polis Diraja...

Bantu Sama Penuhi Keperluan...

KOTA KINABALU - Semua pihak kepentingan pendidikan, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan...

Ujian Keberkesanan Vaksin Covid-19 Dilakukan Di Malaysia

KUALA LUMPUR – Ujian ImmuSAFE biochip COVID+ yang dibangunkan bersama Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute (MARii), Sengenics dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), akan digunakan sebagai salah satu ujian bagi mengesahkan keberkesanan pelbagai jenis vaksin yang digunakan di Malaysia.

MARii dalam satu kenyataan semalam berkata, ia selaras dengan matlamat bagi mencapai komuniti kelompok di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

“Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan bahawa ujian respons imun yang berkaitan dengan vaksin Covid-19 akan dijalankan dengan menggunakan teknologi ImmuSAFE biochip.

“ImmuSAFE adalah ujian serologi Covid-19 (pemeriksaan serum darah) pelbagai antigen dan pelbagai domain yang pertama seumpamanya di dunia, dibangunkan di makmal yang mengandungi sembilan domain disahkan berfungsi atau protein Nucleocapsid (N) and Spike (S) SARS-CoV-2 expressed, menggunakan teknologi ‘folding protein Sengenics’ KREX’,” menurut kenyataan itu tadi.

Menurutnya, ujian itu sepenuhnya kuantitatif yang membolehkan pemeriksaan tinggi sampel Covid-19 untuk diagnosis jangkitan semasa atau sebelumnya, serta untuk pengukuran dan penyetempatan pengikatan antibodi, justeru memberikan cara untuk mengenal pasti korelasi antibodi terhadap perlindungan yang sedang berlangsung, dan pembangunan imuniti tahan lama terhadap jangkitan SARS-CoV-2 yang akan datang.

MARii berkata, ujian ImmuSAFE membolehkan ujian kuantitatif prevalens antibodi perlindungan menentang Covid-19, yang dihasilkan oleh sistem imun badan, sama ada menerusi vaksinasi atau pembangunan semula jadi daripada jangkitan.

“Ini bermakna ImmuSAFE membekalkan kaedah verifikasi yang boleh diukur bagi mengesahkan keberkesanan sebarang imunisasi yang terhasil, tanpa mengira jenis vaksin yang digunakan.

“Ujian ImmuSAFE mempunyai sensitiviti dan ketepatan 100 peratus, dan disahkan oleh IMR, badan penyelidikan perubatan bio KKM. Ini menjadikan ia sebagai platform yang ideal bagi mengesahkan keupayaan vaksin untuk mengimunkan populasi dengan lebih berkesan, di samping lain-lain penggunaan dalam kajian COVID-19 seroprevalence,” tambahnya.


MARii turut mengumumkan bahawa pihaknya bekerjasama dengan KKM dalam kajian longitudinal ke atas antibodi dalam kalangan pesakit yang sudah pulih daripada jangkitan Covid-19, atau asymptomatik, walaupun positif Covid-19.

Menurut kenyataan itu kajian longitudinal membabitkan pemerhatian dan ujian kuantatif untuk satu tempoh masa bagi mengenal pasti keupayaan individu mengekalkan antibodi perlindungan dalam sistem imun mereka.

“ImmuSAFE boleh digunakan bagi mengenal pasti individu yang mempunyai pelbagai tahap antibodi yang berpotensi meneutralkan SARS-CoV-2,” katanya.

Menurutnya data dan hasil kajian akan memberikan kefahaman yang lebih baik bentuk imunisasi dan pengurusan kesihatan di masa akan datang.

MARii adalah sebuah agensi yang ditubuhkan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) yang berperanan untuk memacu pembangunan sistem pintar strategik dan operasi melalui kemanusiaan dan penggunaan platform pintar, aplikasi serta teknologi digital seperti Big Data Analytics dan Kecerdasan Buatan. – BERNAMA

Kategori