Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Bayi Lelaki Usia 6...

TUMPAT - Seorang bayi lelaki berusia enam bulan yang juga anak kepada artis...

Najib Umum Bina Pusat...

NABAWAN - Demi kemudahan pesakit buah pinggang di Nabawan mendapatkan rawatan haemodialisis, Perdana...

Umat Islam Di Perak...

IPOH - Seluruh umat Islam di negeri Perak disaran melaksanakan solat sunat gerhana...

Cool! Ikea Membawakan Alas...

SEWAKTU pulang berhari raya di kampung, penggunaan peranti ketika di meja makan adalah...

Umat Islam Tunai Solat Tarawih Di Masjidil Haram

RIYADH – Sejumlah umat Islam mengerjakan solat sunat tarawih di dua buah masjid suci di Makkah dan Madinah, Arab Saudi pada malam Isnin walaupun terdapat langkah langkah ketat dilaksanakan bagi membendung penularan pandemik Covid-19.

Portal berita Arab News melaporkan, pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz pada Ahad mengeluarkan arahan membenarkan masjid-masjid di seluruh negara tersebut mengerjakan solat tarawih.

Bagaimanapun, jumlah rakaat yang dibenarkan ialah 10 berbanding 20 rakaat pada tahun-tahun sebelumnya.

Ia merupakan solat tarawih pertama yang dibenarkan kerajaan selepas Arab Saudi menggantung solat sunat tersebut di kedua-dua masjid pada tahun lepas.

Hanya jemaah yang sudah menerima vaksin Covid-19 dibenarkan untuk memasuki Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.


Denda yang tinggi akan dikenakan kepada umat Islam yang tidak mematuhi peraturan itu yang dikuatkuasakan bagi membendung penularan Covid-19.

Sejumlah kakitangan ditempatkan di pintu-pintu masuk bagi memastikan umat Islam mematuhi peraturan yang telah ditetapkan kerajaan. – Agensi

Kategori