Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Hina Nabi, Malaysia Hantar...

KUANTAN : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghantar wakil khasnya untuk...

Graduan Jangan Harap Kerja...

KERJA gomen memang la bagus. Terjamin masa depan. Ada banyak kemudahan dan kelebihan. Graduan...

Shell Refining Beri Jaminan...

KUALA LUMPUR - Shell Refining Company (Federation of Malaya) Bhd (SRC) hari ini...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

JOHOR BAHRU : Seramai 4,496 mangsa daripada 1,242 keluarga masih ditempatkan di 62...

UPSR Dimansuhkan, PT3 Tahun Ini Batal

KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan untuk memansuhkan sepenuhnya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bermula 2021.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, susulan pemansuhan itu, pihaknya akan memperkasa secara menyeluruh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

Katanya, keputusan besar membabitkan pemansuhan UPSR yang diperkenalkan sejak 1988 itu sudah mengambil kira pandangan banyak pihak termasuk 1,700 peserta sesi libat urus dengan Kementerian Pendidikan (KPM).

“Pagi tadi (hari ini) saya sudah membentangkan kertas memorandum jemaah menteri berkaitan dengan (pemansuhan) UPSR ini.

“Pentaksiran akan dilaksanakan untuk murid sekolah rendah khususnya tahun enam dan pihak KPM akan memperkasakan PBS dan PBD secara menyeluruh mulai 2021.

“Tidak ada peperiksaan ganti untuk murid darjah enam ini,” katanya dalam sidang media khas, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Radzi berkata, selari pemansuhan UPSR, kerajaan membatalkan penilaian Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK).

“Penilaian bagi murid berkeperluan khas ini akan dilaksanakan di peringkat sekolah mengikut PBD,” katanya yang turut memberitahu kemasukan lepasan tahun enam ke tingkatan satu bagi 2022 akan dibuat berdasarkan peperiksaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).


Dalam pada itu, beliau mengumumkan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tahun ini dibatalkan, namun konsep penilaian masih dikekalkan dalam Sistem Pentaksiran Kebangsaan.

Menurutnya, antara alasan utama yang dipertimbangkan sebelum membuat keputusan itu ialah mengambil kira masa yang ada untuk pelajar membuat persediaan khususnya pembelajaran secara bersemuka bersama guru di sekolah pada tahun ini.

“Kita lihat keadaan penularan Covid-19 masih belum dapat ditangani sepenuhnya. Kita mengambil kira keadaan semasa serta tanpa pelaksanaan PT3 untuk tahun ini, kaedah pentaksiran murid boleh juga dilaksanakan.

“Jadi untuk tahun 2021 sebagaimana pada tahun 2020, pentaksiran murid adalah berdasarkan tiga komponen utama iaitu PBD, Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK),” katanya.

Radzi berkata, seperti tahun lalu, kemasukan ke sekolah khusus atau asrama ke tingkatan empat pada 2022 akan dibuat berdasarkan PKSK.

“Maknanya jika ada anak yang berhasrat ke asrama penuh pada 2022, mereka boleh menduduki PKSK pada tahun ini,” katanya. – myMetro Online

Kategori