Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Imran Rimas Sering Diminta...

PENYANYI yang popular dengan lagu Seribu Tahun, Imran Ajmain memberitahu pernah berasa rimas...

Perang Tarif AS-China Bermula

BEIJING - China dan Amerika Syarikat (AS) mula melancarkan perang tarif bermula hari...

Imigresen Kedah Tahan 14...

ALOR SETAR - Jabatan Imigresen Kedah menahan 14 wanita warga asing dalam 'Ops...

LATAR Edar 1,000 Kad...

KUALA LUMPUR – Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR) akan mengedarkan sebanyak 1,000 kad Touch...

Vaksin AstraZeneca Disahkan Selamat, Umur 60 Tahun Ke Atas

PUTRAJAYA – Vaksin AstraZeneca disahkan selamat untuk digunakan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang kini memasuki pelaksanaan fasa kedua.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata vaksin itu akan digunakan untuk imunisasi golongan berusia 60 tahun ke atas yang dinilai sebagai paling sesuai menerimanya.

Beliau memaklumkan, vaksin itu akan digunakan dalam fasa kedua program imunisasi berkenaan, namun tidak menyatakan bila pemberiannya dijadualkan bermula.

“Sudah sampai sebanyak 280,000 dos (vaksin AstraZeneca) dan kita akan menggunakannya,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) akan mencadangkan kepada kerajaan supaya penerbangan dari India dihad atau dihentikan, dalam usaha mengatasi risiko penularan COVID-19 dari negara terbabit.


Ketika ini, beliau berkata, ada kebimbangan mengenai varian mutasi COVID-19 dari luar negara, terutama India.

“Kita berkemungkinan besar akan memohon kepada kerajaan untuk mengehad atau menghentikan penerbangan dari India berikutan ada mutasi berganda,” katanya. – BH Online

Kategori