Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Malaysia-Rusia Akan Tingkatkan Perdagangan

SINGAPURA – Malaysia dan Rusia melahirkan harapan untuk meningkatkan perdagangan antara kedua-dua negara. Perdana...

SMEX 2018 Platform Luaskan...

KUALA LUMPUR - Pameran Pembuatan Pintar 2018 (SMEX 2018) dilihat menjadi platform terbaik untuk...

FGV Jual 100% Kepentingan...

KUALA LUMPUR - FGV Holdings Bhd. (FGV) menjual keseluruhan pegangan ekuitinya dalam FGV...

Stail Gaun Terbaharu Anna,...

PIHAK Disney nampaknya mula mendedahkan beberapa imej terbaharu animasi paling hangat, Frozen kepada khayalak...

Video Iklan Judi Raya: 25 Individu Sudah Ditahan

KUALA LUMPUR – Seramai 25 individu sudah ditahan polis berhubung empat video promosi judi dalam talian yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, penahanan itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut berhubung video berkenaan.

“Daripada keseluruhan individu yang ditahan itu, 13 daripadanya berkaitan video pertama manakala video kedua (6), video ketiga (4) dan video keempat (2).

“Setakat ini, seramai 12 individu masih dalam tahanan reman manakala 13 lagi sudah dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Sebaik siasatan dilengkapkan, katanya, polis akan menyerahkan kesemua kertas siasatan itu kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan lanjut.


Semalam, media melaporkan tular di media sosial dua lagi video iklan lagu raya berdurasi 48 saat dan 30 saat yang mempromosikan kegiatan judi.

Pada 15 April lalu, polis mengesan satu video yang tular berdurasi dua minit satu saat yang didapati mempromosikan judi dalam talian.

Kemudian tular pula video kedua yang menggunakan modus operandi sama bagi menarik pelanggan dalam kalangan umat Islam.

Rakaman video lagu raya berkenaan memaparkan aksi lakonan serta nyanyian yang mempromosikan permainan judi secara dalam talian. – BERNAMA

Kategori