Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Vaksin COVID-19 Selamat, Tiada...

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Rohaizat Yon...

Pendakwaan Muhyiddin Bukan Serang...

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, sepatutnya mempertahankan diri di makamah...

14 Projek PPA1M Telah...

SEREMBAN - Sebanyak 13 projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) membabitkan 6,400 unit...

Diva AA Sanggup Tolak...

BERSEMANGAT... ‘I supposed to go for another job, but I cancel last minute’...

18 Juta Penduduk Malaysia Dibanci

ALOR GAJAH – Seramai 18 juta atau 55.1 peratus daripada 32.7 juta rakyat Malaysia sudah dibanci menerusi Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) setakat 5 Mei lepas.

Timbalan Ketua Perangkawan Malaysia (Program Sosial dan Pembangunan Teknikal) Nazaria Baharudin berkata, bilangan penduduk tertinggi memberi respons kepada Banci Malaysia 2020 dicatatkan Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu 101.3 peratus, diikuti Perlis (82.8 peratus), Johor (77 peratus), Kelantan (72.3 peratus) dan Melaka (70.6 peratus).

“Untuk isi rumah, tujuh negeri mencatat kadar respons melebihi 70 peratus iaitu Kelantan (90 peratus), Wilayah Persekutuan Putrajaya (84.9 peratus), Perlis (80.1 peratus), Johor (78.9 peratus), Melaka (73.2 peratus), Terengganu (72.5 peratus) dan Perak (70.6 peratus).

“Bagi tempat kediaman pula, enam negeri mencatatkan kadar respons tertinggi iaitu Kelantan (104.1 peratus), Wilayah Persekutuan Putrajaya (100.4 peratus), Perlis (87.0 peratus), Perak (85.2 peratus), Melaka (84.0 peratus) dan Johor (83.9 peratus),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program turun padang Banci 2020 di daerah Alor Gajah, di sini hari ini.


Mengulas mengenai Banci 2020 di Melaka, Nazaria berkata sebanyak 659,000 atau 71 peratus daripada anggaran 932,000 penduduk Melaka telah dibanci, sementara tempat kediaman pula, sebanyak 264,000 atau 84.0 peratus daripada keseluruhan tempat kediaman telah dibanci bagi tempoh sama.

Katanya pembancian sedang rancak dijalankan dengan status selesai mengikut daerah didahului Alor Gajah (90.5 peratus), Jasin (85.3 peratus) dan Melaka Tengah (84.2 peratus).

“Ini menjadikan Melaka antara negeri terawal yang akan selesai operasi Banci 2020 memandangkan sasaran pembancian di lapangan akan selesai sepenuhnya pada penghujung Mei ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori