Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Maghribi Buka Makmal Ganja...

RABAT: Maghribi merasmikan makmal ganja pertama di negara itu untuk kegunaan perubatan dan...

FAM Pecat 20 Staf...

RAMAI terkejut tetapi apakah kini bermula 'revolusi' dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)...

Apa Benda kau Merapu...

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq memuat naik satu status di akaun Twitter miliknya yang memberitahu sudah 610,000 orang kehilangan perkerjaan di negara ini.

Kompaun RM1.1 Juta Ke...

KUALA LUMPUR - Tindakan kompaun RM1.1 juta yang dikenakan ke atas Ahli Parlimen...

20 Maut Serangan Udara Israel Ke Atas Gaza

BALTULMAQDIS – Sekurang-kurangnya 20 orang awam terbunuh termasuk sembilan kanak-kanak dan seorang komander kanan Hamas serta mencederakan 65 yang lain dalam serangan udara oleh Israel, semalam.

Serangan itu dilancarkan sebagai tindak balas terhadap roket dilancarkan Hamas dan pejuang Palestin susulan keganasan di pekarangan Masjid Al-Aqsa.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berkata Hamas melampaui batas dengan mengarahkan peluru berpandu ke arah Bailtulmaqdis menyebabkan negara Yahudi itu bertindak balas dengan kekuatan.

“Kami tidak akan bertolak ansur dengan serangan di wilayah, ibu kota, warganegara dan tentera kami. Mereka yang menyerang kami akan membayar harga yang tinggi,” katanya.

Tentera Israel menyatakan 150 roket dilancarkan dari Gaza, puluhan antaranya dipintas oleh Sistem Pertahanan Udara Iron Dome, tanpa sebarang laporan korban nyawa.

Jurucakap tentera, Jonathan Conricus berkata, pihaknya sudah bermula dan akan menyerang sasaran ketenteraan di Gaza.

“Kami sudah membuat persiapan untuk pelbagai senario termasuk berintensiti tinggi,” katanya yang sudah menyasarkan dua pelancar roket, dua pos tentera, sebuah terowong dan lapan operasi Hamas di Gaza.

Sementara itu, Hamas yang menguasai Tebing Gaza mengingatkan Israel untuk menarik semua tenteranya dari pekarangan masjid dan daerah Sheikh Jarrah.


Jurucakap Hamas, Briged Qassam mengatakan serangan roket itu sebagai tindak balas terhadap tindakan Israel di Sheikh Jarrah dan di sekitar masjid Al-Aqsa.

“Ini adalah pesanan yang harus difahami oleh musuh dengan baik, jika anda bertindak balas, kami akan bertindak balas dan jika anda meningkat, kami akan meningkat,” katanya. 

Keganasan meletus menjelang perarakan dirancang bagi memperingati pengambilalihan Baitulmaqdis dalam Perang Enam Hari 1967, ulang tahun dikenali Hari Baitulmaqdis dalam kalangan Yahudi.

Pada malam Jumaat lalu, lebih 200 orang cedera dalam pertempuran antara polis dan Palestin di esplanad, lokasi puluhan ribu jemaah berkumpul bagi solat Jumaat terakhir ketika Ramadan.

Sabtu lalu, pertempuran di sejumlah kawasan timur Baitulmaqdis menyebabkan lebih 100 orang cedera, lapor Bulan Sabit Merah Palestin. – Agensi

Kategori