Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Taiwan Antara Destinasi Pelancongan...

KUALA LUMPUR - Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) 2019...

Shaheizy Sam Tak Tahu...

SHAHEIZY Sam bankrap? Apa cerita pula ni? Satu notis kebankrapan telah dikeluarkan terhadap Sam...

Kes Tanah Mukim Ijok...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah selesai menjalankan siasatan terhadap kes...

Dua Lelaki Curi Kabel...

TAMPIN - Polis memberkas dua lelaki dalam satu pemeriksaan ke atas sebuah kilang...

4 Perkhidmatan Bawah MOT Dibenar Beroperasi

KUALA LUMPUR – Hanya empat perkhidmatan bawah seliaan Kementerian Pengangkutan (MOT) iaitu kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing, pengangkutan awam serta logistik dibenarkan beroperasi sepanjang sekatan pergerakan penuh mulai esok dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat. 

MOT dalam kenyataan berkata, bagi kenderaan persendirian serta teksi dan e-hailing hanya dua orang termasuk pemandu dibenarkan menaiki kenderaan berkenaan dalam satu masa tanpa mengira kapasiti. 

“Namun, tiga orang termasuk pemandu dibenarkan menaiki kenderaan berkenaan dalam satu masa bagi tujuan perubatan, seperti janji temu hospital berserta surat pengesahan doktor atau vaksinasi yang disahkan melalui aplikasi MySejahtera atau bagi tujuan kecemasan,” katanya hari ini. 

Sekatan pergerakan penuh yang dilaksanakan esok hingga 14 Jun tidak membenarkan sektor ekonomi dan sosial beroperasi kecuali 17 perkhidmatan.

Menurut MOT, semua pengendali pengangkutan awam darat dan laut dibenarkan beroperasi namun dengan kapasiti penumpang 50 peratus.

Katanya, syarikat penerbangan dikecualikan berikutan peratusan penumpang yang sedia ada adalah rendah. 

“Semua pengendali dibenarkan untuk menentukan frekuensi atau kekerapan perkhidmatan masing-masing secara optimum untuk mengelakkan kesesakan di terminal, platform dan stesen. 


“Mereka juga perlu memastikan SOP yang ditetapkan MKN dan Kementerian Kesihatan (KKM) dipatuhi sepenuhnya,” katanya. 

Menurut MOT, bagi syarikat logistik, lapangan terbang dan pelabuhan juga dibenarkan beroperasi pada tahap optimum. 

Katanya, syarikat logistik adalah merujuk kepada syarikat yang berkaitan dengan pengangkutan darat, laut, dan udara serta pengendalian barangan termasuk perniagaan e-dagang. 

“MOT akan mengeluarkan surat kelulusan baharu untuk membolehkan syarikat-syarikat yang berdaftar di bawah Sistem Maklumat Industri Logistik (SMILE) dapat beroperasi pada fasa pertama sekatan pergerakan ini. 

“Semua surat yang dikeluarkan di bawah SMILE sebelum ini adalah terbatal dan tidak sah. Surat kelulusan baharu kini boleh dimuat turun,” menurut kenyataan itu. – BH Online

Kategori