Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Muhyiddin: Tak Perlu Pertikai...

Pihak lawan tidak perlu mempertikai sumbangan yang diperoleh Perikatan Nasional (PN) untuk berkempen...

Model Peraga Fesyen Victoria...

SEBELUM ini pernahkah anda melihat model katalog dalam sesebuah penerbitan majalah fesyen khasnya,...

MELAMPAU.. Bayi 3 Bulan...

GILA dan melampau.. seorang bayi perempuan berusia tiga bulan disyaki menjadi mangsa cabul oleh...

Penduduk Bukit Berlian Gusar...

MELAKA - Perasaan penduduk Kampung Bukit Berlian di Klebang sentiasa resah apabila hujan turun berterusan kerana kemungkinan akan berlaku banjir.Seorang guru Nabilah...

4,498 Kes Baharu Covid-19, 22 Kematian

KUALA LUMPUR – Malaysia merekodkan 4,498 kes Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas, setelah lebih sebulan (39 hari) mencatatkan angka terendah iaitu 941 kes pada 29 Mac.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitternya berkata, jumlah kes baharu itu menjadikan kes kumulatif Covid-19 di dalam negara kini berjumlah 432,425 kes.

Dalam tempoh 24 jam lepas, Selangor masih merekodkan jumlah kes tertinggi melibatkan 1,424 kes diikuti Sarawak (750) dan Kuala Lumpur (436).

Johor pula mencatatkan 327 kes, diikuti Pulau Pinang (313); Kelantan (297); Kedah (209); Negeri Sembilan (188); Sabah (153); Perak (148); Terengganu (87); Pahang (78); Melaka (74); Putrajaya (lapan); Perlis (empat) dan Labuan (dua). – BERNAMA

Kategori