Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Polis Seremban Tahan Juruteknik...

SEREMBAN - Polis menahan seorang juruteknik yang dipercayai terlibat dalam kegiatan memeras ugut...

Tempoh Sebulan Jemaah Menteri...

PUTRAJAYA - Semua anggota Kabinet dikehendaki mengisytihar harta masing-masing, kata Perdana Menteri, Tan...

Memperkasa BR1M Adalah Lebih...

SAYA kesal dengan kenyataan Kerajaan berhubung niat membatalkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Yang...

Siasatan Kemusnahan Air Terjun...

MANJUNG - Kerja penilaian dan siasatan mula dijalankan terhadap kemusnahan alam sekitar di...

45 Kematian Dalam 10,000 Kes COVID-19 Minggu Lalu

PUTRAJAYA – Minggu Epid ke-21 berakhir 29 Mei lalu mencatatkan kadar kematian akibat COVID-19 pada paras 0.47 peratus daripada keseluruhan kes jangkitan dilaporkan di negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata pada 29 Mei, sebanyak 2,650 kematian kumulatif dilaporkan.

Beliau berkata, kadar kematian itu mencerminkan 45 orang meninggal dunia bagi setiap 10,000 kes jangkitan dicatatkan.

“Sejumlah 451 kematian dilaporkan pada Minggu Epid 21, dengan purata 64 kes kematian harian.

“Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan peningkatan 35.4 peratus angka kematian pada Minggu Epid 21 berbanding Minggu Epid 20.

“Peningkatan kematian ini dapat dilihat sejak sembilan minggu lalu iaitu sejak Minggu Epid 12,” kataya pada sidang media Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) secara maya, hari ini.

Yang turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

Dr Adham berkata, kes COVID-19 yang perlu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) turu meningkat 32.1 peratus atau 183 kes berbanding pada Minggu Epid 20.


Beliau berkata, sebanyak 844 kes COVID-19 yang dirawat di ICU direkodkan pada 29 Mei lalu dengan purata kes harian sebanyak 757.

Katanya, peningkatan itu direkodkan sejak 10 minggu lalu.

“Sebanyak 50.9 peratus (430) daripada kes yang dirawat di ICU memerlukan alat bantuan pernafasan setakat 29 Mei lalu, dengan kes purata sebanyak 386, peningkatan 23.3 peratus (73) berbanding Minggu Epid 20.

“Peningkatan terhadap keperluan alat bantuan pernafasan turut berlaku sejak 10 minggu lalu,” katanya.

Sementara itu, Dr Adham berkata, pihaknya belum menerima laporan kematian yang boleh dikaitkan dengan pemberian vaksinasi COVID-19.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya sudah mula menerima kes tuntutan untuk Tabung Mudarat Vaksinasi. – BH Online

Kategori