Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Howto Influence Your Parents...

Your article is merely one part of your own application group. Are you...

Dah Kenapa Pakai Topi...

BIMBANG terhadap risiko keselamatan, sekumpulan pekerja di sebuah pejabat di Bihar, India terpaksa...

Banjir Di Perak Terus...

IPOH - Keadaan banjir di negeri ini bertambah buruk apabila jumlah mangsa yang...

LZS Perkasa Pengurusan Zakat...

MENUJU ke arah Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0), Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengorak...

47 Kematian Mangsa Covid-19 Hari Ini, Rekod Tertinggi

KUALA LUMPUR – Kematian mangsa Covid-19 merekodkan kes tertinggi iaitu 47 kematian hari ini, menjadikan jumlah kumulatif setakat ini 1,994 orang atau 0.42 peratus.

Kes kematian merekodkan angka tertinggi untuk tiga hari berturut-turut iaitu 44 kematian pada kelmarin dan 45 kematian semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka kematian itu membabitkan 46 warganegara dan satu bukan warganegara.

Dr Noor Hisham berkata, kes baharu Covid-19 di negara ini pula merekodkan 4,865 kes pada hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif adalah 479,421 kes.

Menurutnya, daripada jumlah itu, Selangor mencatatkan kes harian tertinggi Covid-19 iaitu 1,743 kes.


“Sebanyak 4,860 kes adalah penularan tempatan membabitkan 4,650 warganegara dan 210 bukan warganegara, manakala lima lagi kes import membabitkan tiga rakyat negara ini dan dua bukan warganegara.

“KKM turut merekodkan 3,497 kes pulih dan dibenarkan pulang menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 432,600 kes, manakala 44,827 kes masih aktif ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, ketika ini, 531 pesakit Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 277 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – myMetro Online

Kategori