Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kempen RM1 Juta Demi...

SECARA rasmi malam tadi, melalui Ekpresi Aqsa Solidariti Ummah yang dipancarkan secara langsung...

Mahmud Abu Bekir Berpoligami...

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Tun Abdul Taib,...

Lelaki Afghanistan Tikam Adik...

VIENNA - Mahkamah Austria, semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap seorang lelaki...

Budak Perempuan 2 Tahun...

Kuala Lumpur - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun cedera di muka selepas...

59 Kematian Covid-19 Dalam Tempoh 24 Jam

PUTRAJAYA – Selain merekodkan kes positif Covid-19 baharu tertinggi, Malaysia turut mencatatkan jumlah kematian baharu tertinggi akibat pandemik berkenaan dengan 59 kematian dalam tempoh 24 jam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian Covid-19 ialah sebanyak 2,099 kes.

“Kes kematian pada hari ini (Khamis) melibatkan 14 kes di Johor, selain Selangor (10), Kuala Lumpur (lapan), Kelantan (enam), Negeri Sembilan (empat), Melaka (empat), Kedah (tiga), Perak (tiga), Terengganu (tiga), Sarawak (dua) dan Sabah (satu) serta Pulau Pinang (satu),” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, jumlah kes kematian itu membabitkan 58 rakyat tempatan dan seorang warga asing.

“Mereka berusia 37 hingga 91 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit lain,” katanya.


Beliau berkata, jumlah pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) juga semakin meningkat iaitu sebanyak 587 kes.

“Daripada jumlah itu, seramai 330 pesakit memerlukan bantuan pernafasan,” katanya. – Sinar Harian

Kategori