KUALA LUMPUR – Kes baharu jangkitan Covid-19 di negara ini masih merekodkan angka tinggi apabila sebanyak 6,509 kes dilaporkan, hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi dengan 2,049 kes diikuti Sarawak sebanyak 530 kes.
“Selain itu, Johor dan Kuala Lumpur masing-masing melaporkan 468 kes, manakala Kelantan (451), Pulau Pinang (384), Kedah (348), Melaka serta Negeri Sembilan masing-masing 329 kes.
“Sebanyak 263 kes pula dilaporkan di Terengganu, Pahang (257), Perak (231), Sabah (184) dan Labuan (171),” katanya dalam kenyataan di Facebook rasminya, hari ini.
Dalam pada itu, dua kawasan merekodkan kes terendah iaitu Putrajaya dengan 40 kes dan Perlis merekodkan tujuh kes. – myMetro Online