KUANTAN – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang, Datuk Mohd Hayani Abdul Rahman yang meninggal dunia semalam.
Istana Negara menerusi laman media sosial rasminya hari ini, menyatakan baginda berdua mendoakan roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama solihin, selain mengharapkan seluruh keluarga bersabar serta tabah menghadapi pemergian itu.
“Baginda berdua amat menghargai khidmat bakti, jasa dan pengorbanan Allahyarham sebagai wakil rakyat dan ADUN Pahang kepada masyarakat dan negara,” katanya. – BERNAMA