Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pasukan Bantuan Mapim Tiba...

MAKASAR - Kumpulan Misi Bantuan Kemanusian Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) tiba...

Keganasan Serantau Paksa Habsyah...

NAIROBI/ADDIS ABABA - Kerajaan Habsyah menutup akses internet di timur negara itu di...

Nidzam Kecewa Pemain Gagal...

ALOR SETAR - Ketua jurulatih Kedah Mohd Nidzam Adzha Yusoff kecewa apabila kesebelasan...

Exco P.Pinang Hadir Sekali...

GEORGE TOWN - Exco kerajaan negeri Pulau Pinang Phee Boon Poh hari ini...

“Aku Pun Polis Bantuan”

SEMALAM berkesempatan ngeteh dengan jiran yang juga Polis Bantuan selepas selesai solat Tarawih.

Syok berborak tentang isu semasa. Ini baru betul-betul sembang kedai kopi. Dari perihal politik sehinggalah ke artis.

Namun seperkara menarik perhatian apabila jiran tunjukkan “posting” Facebook seorang Pak Menteri dari telefon pintarnya.

“Cuba kau tengok gambar ini. Aku pun Polis Bantuan. Dah banyak tempat aku bertugas.

“Tidak pernah bos besar aku ajak bergambar kenangan sebelum pindah ke tempat lain.”

Ia gambar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Dato’ Pa muat naik gambar beliau di FB bersama Polis Bantuan bernama Lokman dengan ‘caption’:

(Hari terakhir Lokman polis bantuan bertugas di EPU. Minggu depan bertukar ke RTM Kuantan. Terima kasih Lokman)

Jiran kata beruntung Polis Bantuan itu dapat ‘big bos’ yang prihatin. Siap keluarkan dalam Facebook rasmi.

Kebiasaannya tukar sana tukar sini Polis Bantuan hanya sesama mereka saja yang ambil tahu.

Malah kadangkala majikan tidak tahu pun nama Polis Bantuan yang bekerja dengan mereka.

“Mungkin pada mata mereka kami nampak sama selalu. Lalu depan-depan pun macam tiada.”

Bagaimanapun, kata jiran alah bisa tegal biasa. Yang penting Polis Bantuan tahu tanggungjawab mereka.

Paling utama melindungi harta benda milik majikan dan mencegah jenayah di kawasan jagaan.

“Yang selebihnya Lillahi Ta’ala. Ada orang silap fikir Polis Bantuan serupa pengawal keselamatan.”

Perbincangan kami seterusnya berkisar tentang Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami.

‘Berbakul-bakul’ diulas tentang mereka. Covid-19, SOP, kluster kayangan dan lagu Kau Mawarku.


Namun itu kurang penting. Yang penting cerita tentang perihal Polis Bantuan.

Pulang ke rumah saya ‘google’ mengenai Polis Bantuan. Mahu mendalami tentang mereka.

Berdasarkan info Polis Bantuan dilantik dan dikawal di bawah seksyen 47 ā€“ 50 Akta Polis 1967.

Calon Polis Bantuan akan menerima latihan daripada PDRM sebelum layak menjadi Polis Bantuan.

Mereka memberi khidmat pengawasan di kawasan-kawasan yang kekurangan pengawalan polis.

Mereka malah boleh menjadi unit bantuan kepada PDRM dalam situasi yang diperlukan.

Pihak swasta yang mahukan khidmat Polis Bantuan perlu buat permohonan rasmi kepada PDRM.

Dan syarikat itu yang akan bertanggungjawab untuk bayar gaji mereka.

Ini bermakna Polis Bantuan laksana polis sebenar, tetapi dalam lingkungan kawasan milik syarikat.

Secara lebih terperinci ini antara skop Polis Bantuan di kawasan majikan:

  • Rondaan, bit dan kawalan statik.
  • Kawalan orang ramai, memeriksa orang dan kenderaan.
  • Melindungi dan mengiring harta majikan.
  • Mencegah kesalahan-kesalahan jenayah.
  • Mengesan dan menangkap pesalah-pesalah.

Baru saya sedari betapa besar tanggungjawab Polis Bantuan. Jangan pandang mudah tugas mereka.

Bukan mahu terlalu memuji. Sekurang-kurangnya khidmat mereka patut dihargai seperti Lokman.

Apa pun tahniah kepada brader Lokman Pak Menteri ajak ambil gambar kenang-kenangan.

Siap muat naik dalam Facebook Mustapa Mohamed. Semoga maju jaya di tempat baharu bro. – Mynewshub.TV

Kategori