Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Monyet Suka Curi Coli,...

IPOH - Sekumpulan monyet bukan sahaja merosakkan tanaman dan curi makanan, malahan melarikan...

Peniaga Nasi Lemak Maut,...

KUALA LUMPUR - Seorang peniaga nasi lemak maut manakala pembantunya cedera parah selepas...

Kumpulan Berkonsepkan Islamik Terkenal...

KUALA LUMPUR, 8 Jun 2023 – Lewat ini, sering kedengaran alunan lagu-lagu berkonsepkan...

Hujan Lebat, Angin Kencang...

KUALA LUMPUR - Hujan lebat berserta angin kencang dijangka berlaku di Pantai Timur...

Bengkel Kenderaan, Kedai Tayar Dibenarkan Beroperasi

KUALA LUMPUR – Bengkel membaiki kenderaan dan kedai tayar antara sektor yang dibenarkan beroperasi ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh Fasa 1 bermula 1-14 Jun ini.

Menurut Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam kenyataan hari ini, sektor berkenaan walaupun bukan di bawah kawal selia kementerian namun berkait dengan sektor pengangkutan dan logistik.

Turut dibenarkan beroperasi secara optima ketika PKP ini adalah 30 perkhidmatan perlu bagi sektor pengangkutan dan logistik.

Bagi sektor udara yang dibenarkan beroperasi, ia merangkumi perkhidmatan lapangan terbang, kargo udara, penerbangan berjadual dan tidak berjadual serta am.

Bagi sektor darat, antaranya termasuk perkhidmatan perdagangan, bas, rel penumpang, teksi/e-hailing serta operasi penghantaran barangan ‘courier/p-hailing’.

Bagi sektor air ia membabitkan perkapalan, pelabuhan, feri penumpang dan pelabuhan.

Dalam pada itu, MOT katanya akan mengeluarkan kelulusan baharu untuk membolehkan syarikat-syarikat berdaftar di bawah Sistem Maklumat Industri Logistik (SMILE) beroperasi pada Fasa Pertama PKP ini.


Jelasnya, semua surat yang dikeluarkan di bawah SMILE sebelum ini adalah terbatal dan tidak sah dan ia kini boleh dimuat turun.

MOT turut menggariskan pengurangan kapasiti bagi kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing kepada dua orang termasuk pemandu.

Kapasiti penumpang bagi pengangkutan awam juga dikurangkan kepada 50 peratus kecuali syarikat penerbangan berikutan peratusan penumpang yang sedia ada adalah rendah.

Untuk maklumat lanjut boleh layari https://application.mot.gov.my/. – Sinar Harian

Kategori