Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Abdul Azeez Bebas Dengan...

PUTRAJAYA - Anggota Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan abangnya...

Operasi SAR Kru Kapal...

JOHOR BAHRU - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) 10 kru kapal pemusnah Amerika...

Serangan Christchurch: Suspek Mengaku...

CHRISTCHURCH - Suspek utama kes pembunuhan beramai-ramai membabitkan dua buah masjid di Christchurch...

8 Maut Akibat Gelombang...

GLOBAL | Lapan orang maut akibat gelombang haba yang melanda Mexico baru-baru ini,...

Bicara 1MDB Dilapangkan Hari Ini, Najib Belum Pulih

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang dijadualkan bersambung hari ini, dilapangkan hingga Khamis ini kerana bekas Perdana Menteri itu masih belum pulih daripada pembedahan mata dijalaninya minggu lalu.

Peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan perkara itu kepada Hakim Collin Lawrence Sequerah apabila prosiding bermula hari ini.

“Doktor (Najib) menasihatkannya untuk berehat. Bengkak di sekeliling mata berkurangan tetapi kemerahan masih ada.

“Najib sudah berjumpa doktor dan menasihatkannya untuk berehat sewajarnya. Beliau akan berjumpa doktornya semula, esok,” katanya.

Susulan itu, Sequerah kemudian melapangkan perbicaraan hari ini sehingga Khamis ini dan mengarahkan pasukan pendakwaan serta pembelaan memastikan hanya sebilangan kecil saja memasuki mahkamah ketika prosiding Khamis ini bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk membendung penularan COVID-19.

Najib, 67, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama. – BERNAMA

Kategori