PRESIDEN Recep Tayyip Erdoğan menarik perhatian dunia terhadap keganasan rejim Yahudi ke atas masyarakat Islam Palestin apabila mengeluarkan kenyataan dalam bahasa Hebrew.
Tindakan itu ditafsir banyak pihak bagi membolehkan para penzalim Yahudi membaca kenyataan bantahan dalam bahasa mereka sendiri.
Ia berjaya kerana ramai penduduk Israel yang panas bontot selepas kenyataan pendek berkenaan disiarkan.
Ramai yang gelabah dan mula mempertahankan tindakan zalim askar mereka.
Mesej itu dikeluarkan berikut tindakan zalim tentera rejim Zionis ke atas masyarakat Islam dan serangan ke atas Masjidil Aqsa yang sedang berlaku sejak beberapa hari yang lalu.
“Kami mengutuk dengan keras serangan keji Israel terhadap Masjid Kabbalah Al-Aqsa pertama kami, yang malangnya berlaku setiap bulan Ramadan.
“Sebagai rakyat Turki, kita akan terus berdiri bersama saudara dan saudari Palestin kami dalam semua keadaan,” kata Presiden Turki itu. – Mynewshub.TV