Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kes Baharu COVID-19 Menurun...

KUALA LUMPUR - Kes baharu COVID-19 menurun ke dua angka berbanding tiga angka semalam...

Amino Agos, SPR Gagal...

KUALA LUMPUR - Pegawai Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Amino Agos...

Jauhi Fahaman Melampau Demi...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keamanan dan keharmonian negara boleh...

Tiada Lagi ‘Total Lockdown’...

BATU PAHAT : Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin...

Boleh Dikenakan Tindakan Bawa Kanak-Kanak Ke Tempat Sesak

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa boleh membuka kertas siasatan terhadap mana-mana ibu bapa yang ingkar kerana mendedahkan kanak-kanak berusia di bawah 18 tahun kepada COVID-19 dengan membawa mereka ke tempat berisiko termasuk kawasan sesak.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata kertas siasatan itu boleh dibuka atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Beliau berkata, sehingga kini kes COVID-19 membabitkan kanak-kanak ialah sebanyak 82,341 kes dengan kategori paling tinggi ialah mereka berusia 13 hingga 17 tahun iaitu 27,402.

“Berdasarkan Akta 342 tiada peraturan yang boleh dikeluarkan kompaun terhadap ibu bapa yang membawa anak ke tempat sesak atau kawasan penularan COVID-19.

“Tetapi dengan SOP dikeluarkan MKN yang sudah diwartakan, ibu bapa yang ingkar boleh dibuka kertas siasatan untuk diadili,” katanya pada sidang media mingguan bersama Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin.


Dr Adham berkata, bagi kanak-kanak dari bayi hingga berusia empat tahun, kes positif COVID-19 dalam kalangan mereka ialah 19,851; lima hingga enam tahun (8,237) dan tujuh hingga 12 tahun (26,851).

Katanya, golongan berusia bawah 18 tahun yang dijangkiti COVID-19 ini berada pada kategori satu, dua dan tiga.

“Buat masa ini, kes positif COVID-19 membabitkan kanak-kanak pada tahap empat dan lima yang memerlukan seseorang itu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) atau alat bantuan pernafasan, belum dikesan,” katanya. – BH Online

Kategori