Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Zuki Ali Dilantik Ketua...

KUALA LUMPUR - Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Seri...

14 Ciri WhatsApp Yang...

SAMA ada mahu mahu 'pin' perbualan penting di bahagian paling atas atau mahu...

Kempen Quran Hour Dorong...

KEMPEN World #QuranHour memasuki edisi ketiga pada tahun ini. Bersempena acara itu, Rosyam...

Atuk Patut Menangis Melihat...

KEMPEN raih simpati Mahathir melalui klip filem pendek Harapan/Kasihanilah Atuk makin hari makin...

Budak Guna Wang Simpanan Beli 100 Mesin Oksigen

NEW DELHI – Aktivis kanak-kanak atau lebih dikenali ‘Greta of India’ sanggup berkorban wang simpanannya sendiri untuk membeli 100 mesin oksigen kepada pesakit Covid-19 setelah negaranya dilanda gelombang kedua pandemik Covid-19.

Menerusi laporan The India Times, Licypriya Kangujam, 9, pada ciapannya di Twitter pada Jumaat telah menempah 100 mesin oksigen dengan nilai 50,000 rupee (RM2,763) setiap satu.

Dalam hantaran sama, dia sedaya upaya membantu negaranya dengan membelanjakan wang simpanan sendiri selain mengajak orang ramai turut serta dalam aktiviti kebajikan terbabit.

“Saya juga sedang mengumpul lebih banyak dana daripada anugerah yang diterima tahun lalu. Mari mendoakan yang terbaik,” katanya.

Aktivis alam sekitar ini juga memohon orang ramai untuk menderma dan menyelamatkan ribuan nyawa yang hilang akibat kekurangan bantuan pernafasan.

“Hanya 100 mesin oksigen tidak mencukupi. Mohon sumbangan untuk menolong saya membeli lebih banyak. India sedang nazak,” katanya.


Sementara itu, Licypriya turut merayu kepada kerajaan Taiwan dengan menghubungi Menteri Luar, Joseph Wu untuk membantu India menangani krisis kesihatan terburuk terutama dalam kekurangan oksigen.

Joseph dalam kenyataan balasnya memberitahu pihaknya akan sedaya upaya membantu rakyat India.

Susulan itu, pada pagi Khamis lalu, Taiwan mengumumkan negara itu akan menghantar 150 mesin oksigen ke India minggu ini selain berjanji Taiwan akan menghantar lebih banyak lagi bantuan selepas itu.

Selain itu, menerusi ciapan baharu Licypriya di Twitter menggalakkan orang ramai di mana ibu bapa mereka yang sudah pulih daripada Covid-19 supaya tidak lupa tanam sekurang-kurangnya 20 pokok untuk membekalkan oksigen semula jadi. – Agensi

Kategori