Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Kredit Bantuan Automatik Isi...

PETALING JAYA : Barisan Nasional (BN) menerusi manifesto menawarkan insiatif iaitu memasukkan atau...

10,000 Skuad Keluarga Malaysia...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 10,000 anggota Skuad Keluarga Malaysia digerakkan ke segenap pelosok...

Perhilitan Giat Kesan Harimau...

IPOH - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak masih meneruskan...

ā€˜Shoppingā€™ Barang Sekolah Di...

SESI persekolahan 2017 akan bermula tidak lama lagi dan pastinya ibu bapa adalah...

Budak Jadi Gelandangan, Kematian Ibu Bapa Akibat Covid-19

KLANG – Selepas kematian ibu bapa akibat Covid-19, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun hilang arah hingga menjadi gelandangan di Bukit Raja Klang dekat sini.

Perkara itu dibongkar oleh penceramah bebas, Ebit Lew semasa menyantuni golongan gelandangan untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan di sekitar kawasan berkenaan pada Selasa.

Kanak-kanak lelaki itu difahamkan mula menjadi gelandangan sejak Januari tahun lalu dan hanya tidur di jalanan.

“Sayu sebak rasa bila terjumpa seorang adik umur 12 tahun di Bukit Raja Klang tidur di jalanan. Kecil lagi dah jadi gelandangan.

“Mak ayahnya baru meninggal Januari lalu kerana positif Covid-19. Kasihan hidup tanpa hala tuju lagi,” katanya menerusi kenyataan di akaun Facebook miliknya.

Semasa pertemuan itu, Ebit berkata, kanak-kanak tersebut hanya mampu menangis tatkala bertanyakan perihal kedua ibu bapanya.

“Dia dah tiada sesiapa dalam hidupnya. Berat ujianmu duhai anak. Pasti ada hikmah di sebalik semuanya.

“Dari jauh tengok adik ni terus rasa nak menangis sebab baik dan beradab sangat. Fikir macam manalah hidup merata begini. Bila tanya mak ayah je terus adik ni menangis.

ā€œAllahuakbar. Saya sampai tadi terus adik cium tangan. Tiada telefon tangan. Tak kenal saya. Wajah bersih dan jernih,” ujarnya menganggap remaja itu bagai keluarganya.


Meskipun hidup sebagai gelandangan, kanak-kanak lelaki ini tetap menunaikan ibadah puasa kerana tidak gusar untuk mendapatkan makanan dekat sini selain ramai tampil menghulurkan bantuan untuk juadah berbuka dan bersahur.

Tambah Ebit, kanak-kanak tersebut dibawa ke balai polis untuk membuat laporan sebelum mereka pergi ke sebuah pasar raya untuk membeli barangan keperluan.

Difahamkan, kanak-kanak lelaki berkenaan telah ditempatkan di sebuah sekolah madrasah selepas dipelawa oleh Ebit.

“Saya tanya adik nak masuk sekolah madrasah. Nak ustaz. Nak jumpa mak ayah dalam syurga. Terus makin sedih, saya pun rindu mak. Rindu ayah. Kami solat sama-sama dan terus hantar adik ni masuk madrasah.

ā€œWalau sekejap terasa rapat dan seperti keluarga. Adik jaga diri ya. Saya doa adik jadi anak soleh berjaya cemerlang.

ā€œNanti kita jumpa lagi. Tak berhenti cakap terima kasih. Best seronok dapat masuk belajar sini,ā€ ujarnya. – Sinar Harian

Kategori