Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

56 Terbunuh, 22 Hilang...

BEIJING - Sekurang-kurangnya 56 orang dilaporkan terbunuh, manakala 22 yang lain masih hilang...

Rakyat Malaysia Makan Terlebih...

PUTRAJAYA - Kadar purata pengambilan garam rakyat Malaysia ialah 7.15 gram sehari berbanding...

VIDEO: Lelaki Tembak 3...

TIGA perompak lintang-pukang melarikan diri selepas cubaan mencuri kereta seorang lelaki yang baru...

Tragedi Katamaran: Nelayan Temukan...

KOTA KINABALU - Nelayan tempatan menemukan satu mayat wanita yang tersangkut pada pukat...

Budak Lapor Polis Potongan Rambut Tak Lawa

BEIJING – Kecewa dengan gaya potongan rambutnya, seorang kanak-kanak lelaki membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Global Times melaporkan, kanak-kanak berusia 10 tahun itu pergi ke sebuah salun di Anshun, wilayah Guizhou kerana ingin memotong rambut.

Tular di media sosial, video dia melihat beberapa kali di cermin tidak berpuas hati dengan hasil kerja tukang gunting. Kejadian itu mengundang simpati netizen.

“Dia ada pendapatnya tersendiri. Saya kagum dengannya,” kata seorang pengguna Weibo.

Dia kelihatan memegang rambutnya sambil menangis teresak-esak.

Tidak cukup dengan itu, dia terus ke balai polis untuk melaporkan kejadian itu.

Bagaimanapun, kes terbabit tidak ada kaitan dengan unsur jenayah dan polis memberitahu kakaknya supaya menyelesaikan perkara itu dengan tukang gunting berkenaan.


Kakaknya itu berjanji untuk mendidik adiknya supaya memberitahu ibu bapa terlebih dulu sebelum mengambil tindakan melulu.

Katanya, adiknya itu memang seorang yang teliti soal rambut dan terus membuat laporan polis selepas tidak berkenan dengan gaya berkenaan.

Namun, tindakannya itu mendapat sokongan netizen kerana mempertahankan haknya.

“Dia menyuarakan apa yang dirasakan, tetapi terlalu takut,” kata seorang netizen. – Agensi

Kategori