Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

UPM Mahu Jadi Pemain...

KITAKYUSHU (FUKUOKA) - Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadikan projek 'Big Data' sebagai keutamaannya...

Budak Lelaki Tersadung, Rosakkan...

MALANG tak berbau.. itulah peribahasa yang sinonim dengan situasi yang dihadapi oleh seorang...

Memek Muka Selamba Jadikan...

SEEKOR kucing bernama Jep kini popular apabila aksinya yang dikongsikan di laman sosial...

Adenan Satem Juarai Isu...

LAWAS - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN)...

Cawangan Khas Lakukan Kerja Di Luar Bidang Keselamatan Negara

SHAH ALAM – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mendakwa, Jabatan Cawangan Khas Bukit Aman pernah diminta untuk menjalankan operasi yang tiada kena mengena dengan isu berkaitan urusan keselamatan negara.

Arahan tersebut menurut beliau enggan dilakukan oleh jabatan berkenaan dan akibat daripada itu ia tidak disenangi oleh orang tertentu sehingga menyebabkan ada permintaan supaya pertukaran jawatan dilakukan.

Menurut Hamid, rasa tidak senang jabatan tersebut berhubung arahan ini telah dibawa ke pengetahuan perdana menteri.

“PDRM bernasib baik kerana perdana menteri memahami situasi yang kami hadapi dan mengarahkan supaya Cawangan Khas meneruskan tugasan mereka sepertimana biasa dan mengabaikan arahan berkenaan,” ujar Hamid kepada Sinar Harian.

Tekanan dan kekangan tugasan yang dihadapi oleh Cawangan Khas ini tegas beliau berlaku sejak setahun yang lalu.

Hamid yang tamat perkhidmatan sebagai Ketua Polis Negara pada Isnin, sejak kebelakangan ini telah menyatakan rasa tidak senang terhadap campur tangan politik dalam urusan harian PDRM.

Dalam sidang akhbar terakhirnya sebelum bersara, beliau telah mencadangkan supaya pengerusi Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri digantikan oleh bekas hakim atau mana-mana individu yang tiada kaitan dengan orang politik.

Bagaimanapun pakar perundangan berkata, cadangan itu hanya boleh dilaksanakan jika Perlembagaan Persekutuan berkenaan penubuhan SPP dipinda terlebih dahulu.

Sementara itu, Hamid menambah, apa yang sedang dihadapi oleh Jabatan Cawangan Khas membuktikan, kekangan yang pernah dihadapinya semasa berkhidmat sebagai KPN bukanlah satu kes yang terpencil.

“Ia sebenarnya turut melibatkan jabatan lain dalam pasukan polis sepertimana yang dihadapi oleh Cawangan Khas, bukan saya seorang,” ujarnya.


Tambah beliau lagi, ini termasuklah menerima arahan supaya melakukan operasi yang tiada kaitan dengan tugasan mereka.

“Saya tidak boleh mendedahkan apakah operasi yang dimaksudkan itu tetapi oleh kerana ia tidak berkaitan dengan tugas dan mandat Cawangan Khas, mereka enggan meneruskan arahan berkenaan.

“Sebaliknya arahan yang tidak berkaitan dengan tanggungjawab Cawangan Khas ini telah dibawa ke pengetahuan Perdana Menteri dan syukur Alhamdulillah akhirnya Perdana Menteri sendiri setuju ia tidak diteruskan malah meminta agar arahan itu diabaikan,” jelas Hamid lagi.

Bagaimanapun kata Hamid, pada 16 Febuari lalu, Pengarah Cawangan Khas telah menerima ‘nasihat’ agar melepaskan jawatannya dengan segera dengan memberi notis satu bulan.

Sebaliknya jika gagal berbuat demikian, beliau akan diberi notis penamatan kontrak awal.

Menurut Hamid, kontrak pengarah berkenaan sepatutnya tamat Jun ini.

Isu ini juga kata Hamid telah dibawa ke pengetahuan Perdana Menteri.

“Syukur Perdana Menteri sekali lagi meminta agar pengarah berkenaan meneruskan tugasnya sehingga kontraknya tamat Jun nanti,” ujar beliau. – SINAR HARIAN

Kategori