BALIK PULAU – Seorang lelaki terpaksa meminta bantuan anggota bomba selepas cincin di jari manis kanannya tersangkut dan gagal ditanggalkan.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.21 malam tadi.
Beliau berkata, sejurus menerima panggilan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Bahang melakukan operasi memotong cincin dipakai lelaki berusia 28 tahun itu di Klinik Kesihatan Teluk Bahang di sini.
“Anggota bomba memotong cincin itu menggunakan peralatan khas dan mengambil tempoh selama 40 minit bagi menanggalkannya sebelum operasi tamat jam 11.57 malam,” katanya. – BH Online