Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pelajar Malaysia Di Perancis...

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar Malaysia di Perancis, Affiah Ariffin Hew, meninggal dunia...

Lelaki Thai Ditahan Seludup...

PADANG BESAR – Seorang rakyat Thailand, yang cuba menyeludup keluar 100 kilogram minyak...

Sebutan Semula Kes Bapa...

PORT DICKSON - Mahkamah Majistret Port Dickson hari ini menetapkan 6 April depan...

Maaf GST Belum Dimansuhkan...

KEMENTERIAN Kewangan menafikan dakwaan bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dimansuhkan berkuat-kuasa pada...

Ciri Baharu Aplikasi MySejahtera

PUTRAJAYA – Ibu hamil dan menyusukan anak kini boleh memaklumkan keadaan mereka melalui aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin, berkata ciri baharu aplikasi MySejahtera akan diperkenalkan pada hujung minggu ini.

Beliau berkata, ia adalah untuk mengenalpasti ibu hamil dan ibu menyusu.

“Satu ciri baharu dalam MySejahtera akan diperkenalkan hujung minggu ini.

“Ibu hamil atau ibu menyusukan anak boleh mengenalpasti diri untuk janji temu diberikan kepada mereka bagi menerima vaksin,” katanya pada sidang media Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba.


Khairy berkata, pemberian vaksin untuk golongan itu disyorkan untuk ibu yang hamil antara 14 hingga 33 minggu.

Beliau berkata, vaksin Pfizer disyorkan diberikan kepada ibu hamil dan menyusu manakala setakat ini vaksin keluaran AstraZeneca hanya akan diberikan kepada ibu menyusu saja. 

“Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) akan bermesyuarat pada Khamis ini untuk menentukan jika vaksin jenis AstraZeneca boleh diberikan kepada ibu hamil juga,” katanya. – BH Online

Kategori