Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Dasar Tak Malu.....

MEMANG dasar muka tak tau malu.. itulah gambaran kelakuan pasangan kekasih yang asyik...

Kertas Siasatan Kes Musa...

KOTA KINABALU - Kertas siasatan berhubung kes laporan polis membabitkan bekas Ketua Menteri...

Nicol Tewas Pusingan Pembukaan...

KUALA LUMPUR - Ratu skuasy negara Datuk Nicol David mengalami kekalahan besar dalam...

Empat Polis Perancis Maut...

TARBES - Empat pegawai polis Perancis maut apabila helikopter mereka terhempas di Pyrenees,...

Ekonomi Negara Dijangka Bertambah Baik Tahun Ini

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin menjangkakan, kedudukan ekonomi negara bertambah baik pada tahun ini, sejajar tindakan kerajaan dan pemulihan aktiviti ekonomi serta perdagangan dunia, walaupun berdepan cabaran getir akibat pandemik COVID-19.

Perdana Menteri berkata, Malaysia berada pada landasan yang tepat dalam perancangan dan pengurusan ekonomi ke arah pertumbuhan yang lebih kukuh dan mampan dan ia mula menampakkan kesan positif.

“Perancangan kita sudah pun memperlihatkan kesannya. Satu…mungkin COVID-19 tak selesai, tapi ekonomi kita sudah ada petanda peningkatan. Eksport kita meningkat, import kita meningkat, jumlah pekerja yang kita ambil mencecah 150,000 lebih daripada jadual 120,000 orang. 

“Unjuran badan antarabangsa, pakar kita dan bank negara (pula)…kita akan lihat pertumbuhan 6.5 ke 7.0 peratus tahun ini. Ada masa empat ke tujuh bulan untuk lihat ia tercapai,” katanya dalam program Bicara Khas Eksklusif bersama RTM dan Bernama TV, malam tadi.

Muhyiddin berkata, kerajaan telah berusaha untuk mengimbangi di antara kepentingan kesihatan awam dan keperluan pertumbuhan ekonomi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, sama seperti PKP 2.0 yang mana kesan terhadap pertumbuhan dijangka kurang teruk, berikutan kebanyakan sektor ekonomi masih dibenarkan beroperasi. 

“Kita dah mulakan awal, tahun lalu pun dah mulakan. Langkah kita buat PKP tak tutup semua kerana memikirkan ke hadapan. 

“Kalau fikir hari ini memang nak tutup semua. Tapi kita jaga kehidupan, masa depan rakyat, pendapatan mereka, kerja mereka,” jelas beliau.

Perdana menteri turut mengulas berkenaan perbelanjaan besar negara sewaktu menempuh cabaran pandemik COVID-19.

“Kadang-kadang rakyat mudah lupa tapi itu antara pakej terbesar dalam sejarah negara, tak terhenti di situ, kita akan usahakan dan buat apa yang patut,” katanya.


Menurut Muhyiddin, pelaksanaan program pemberian vaksin COVID-19 negara akan meningkatkan sentimen dan menyumbang ke arah pemulihan kegiatan ekonomi.

“Sebelum akhir tahun ini kita sasarkan rakyat telah disuntik dengan vaksin. Sasaran capai 80 peratus imuniti kelompok. Kita harap bila ada perlindungan, ekonomi pulih dan harapan kita, tahun 2022 tambah lebih baik,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai sektor pelancongan yang terkesan teruk akibat pandemik, Perdana Menteri menjangkakan industri pelancongan Malaysia mengambil masa tiga hingga empat tahun untuk pulih dan dalam pada itu ada inisiatif yang digerakkan Kerajaan Persekutuan.

“Sektor ini paling terkesan kerana kita tidak boleh nak merentas ke luar negara dan pelancong tak boleh datang. Banyak hotel tutup, inap desa (homestay) terpaksa berhenti tidak buat apa-apa. Teksi dan bas bawa pelancong tersadai. 

“Sebab itu, saya arahkan kepada Kementerian Kewangan untuk bantu kerana ada pembelian seperti teksi tidak menggunakan pinjaman bank, tapi syarikat pemajakan yang tiada moratorium,” katanya.

Jelas Muhyiddin, kerajaan sudah memulakan rundingan untuk kemasukan pelancong asing China dan Asean menerusi laluan hijau (green lane) apabila keadaan mengizinkan dan turut membantu industri kreatif untuk mencergaskan industri pelancongan. – BERNAMA

Artikel sebelum ini
Artikel seterusnya

Kategori