Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

47 Rakyat Malaysia Terlibat...

KUALA LUMPUR - Seramai 47 rakyat Malaysia dikesan berada di Syria dan Iraq...

Video Seks Songsang: Ada...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Zuraida Kamarudin percaya terdapat tanda-tanda gelabah dan...

Kes Denggi Di Kedah...

ALOR SETAR - Kes demam denggi di Kedah mencatat penurunan sebanyak 7.3 peratus...

Peserta Ratu Cantik Miss...

BEKAS peserta ratu cantik Miss World 2016 dari Peru, Valeria Piazza kini sedang...

Hanya 17 Sektor Perkhidmatan Perlu Dibenar Beroperasi

PUTRAJAYA – Semua aktiviti ekonomi dan sosial tidak dibenarkan beroperasi kecuali 17 sektor ‘essential services’ (perkhidmatan perlu) semasa tempoh pelaksanaan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau ‘total lockdown’ fasa pertama bermula Selasa ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sektor berkenaan adalah makanan dan minuman termasuk untuk haiwan; penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet, penjagaan dan klinik haiwan serta perkhidmatan veterinar; air; tenaga; keselamatan, pertahanan, kecemasan, kebajikan dan bantuan kemanusian; pengurusan sisa pepejal, pembersihan awam dan pembetungan.

“… pengangkutan melalui darat, air atau udara; perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang; komunikasi termasuk media, telekomunikasi dan internet, pos dan kurier serta penyiaran; perbankan, insurans, takaful dan pasaran modal; kredit komuniti iaitu pajak gadai dan Ar-Rahnu; e-dagang dan teknologi maklumat.

“… pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan serta pengagihan bahan api dan pelincir; hotel dan penginapan bertujuan kuarantin dan bukan pelancongan; pembinaan, penyelenggaraan dan pembaikan kritikal; perkhidmatan perhutanan terhad kepada penguatkuasaan dan hidupan liar serta logistik yang terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di sini pada Ahad.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, hanya dua orang dibenarkan untuk keluar rumah bagi membeli makanan, barang keperluan asas dan tujuan kesihatan serta pergerakan mereka tidak melebihi 10 kilometer (km) sepanjang tempoh ‘lockdown’ berkuat kuasa.

“Jadi kita nak mengurangkan pergerakan dan mengehadkan jumlah orang dalam kenderaan, dalam erti kata lain adalah mengawal pergerakan.

“Ini bukan perkara baharu kerana PKP 1.0 juga kita benarkan dua orang sahaja pada peringkat awal,” katanya.

Pada Jumaat lalu, kerajaan mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara selama 14 hari, bermula Selasa ini hingga 14 Jun depan.

Pejabat Perdana Menteri berkata, menerusi ‘total lockdown’ itu, semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

17 sektor perkhidmatan itu adalah:

1) Makanan dan minuman;

2) Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet, penjagaan dan klinik haiwan serta perkhidmatan veterinar;

3) Air;

4) Tenaga;


5) Keselamatan security and safety, pertahanan, kecemasan, kebajikan dan bantuan kemanusiaan;

6) Pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan pembetungan;

7) Pengangkutan melalui darat, air atau udara;

8) Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang, termasuk pemunggahan, pengangkutan laiter, pengendalian kargo dan pemaliman dan penyimpanan atau pemukalan komoditi;

9) Komunikasi termasuk media, telekomunikasi dan internet, pos dan kurier serta penyiaran bagi tujuan penyampaian maklumat, berita dan seumpamanya sahaja;

10) Perbankan, insuran, takaful dan pasaran modal;

11) Kredit komuniti pajak gadai sahaja;

12) E-dagang dan teknologi maklumat;

13) Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan serta pengagihan bahan api dan pelincir;

14) Hotel dan penginapan hanya bagi tujuan kuarantin, pengasingan, pekerjaan bagi perkhidmatan perlu dan bukan tujuan pelancongan;

15) Pembinaan, penyelenggaraan dan pembaikan kritikal;

16) Perkhidmatan perhutanan terhad kepada penguatkuasaan dan hidupan liar;

17) Logistik yang terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu.

Kategori