Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Penjawat Awam Perlu Sentiasa...

SUNGAI PETANI - Penjawat awam di negara ini diingatkan agar sentiasa mementingkan integriti...

Perak Menang Pavilion Terbaik...

KUALA LUMPUR - Pavilion Perak diumumkan sebagai pemenang pavilion negeri terbaik sempena Pameran...

Kawalan Ketat Konsert Ariana...

HONG KONG - Polis menempatkan rama anggota termasuk dari pasukan antikeganasan di konsert...

Lepas Bunuh Isteri Terus...

SERIAN - Cemburu dipercayai menjadi motif utama seorang petani mengelar isterinya menggunakan pisau...

Harga RON95 Dan Diesel Kekal, RON97 Naik 1 Sen

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 naik satu sen seliter, manakala harga runcit RON95 dan diesel kekal, masing-masing pada RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 20 hingga 26 Mei ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan harga baharu petrol RON97 bermula esok ialah RM2.61 seliter.

Menurut kenyataan itu, harga berkenaan adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel walaupun harga runcit APM bagi RON95 dan diesel meningkat melebihi harga siling yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, jelasnya. – BERNAMA

Kategori