Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Putera Harry Kerabat Diraja...

DI sebalik sikap liarnya yang gemar berparti, namun anak bongsu Putera Charles dan...

Kementerian Pendidikan Tak Akan...

KANGAR - Kementerian Pendidikan tidak akan campurtangan dalam hal pelajar yang telah menjadi...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

MELAKA - Jumlah mangsa banjir di Melaka terus menurun kepada 94 orang mangsa...

Liyana Dahului 2 Pukulan...

KUALA LUMPUR - Pemain meningkat naik negara, Liyana Durisic muncul pendahulu pusingan pembukaan...

Implikasi PKP 3.0 Kepada Ekonomi – Najib

DARI FB NAJIB RAZAK

MAAF, saya tak setuju bahawa PKP 3.0 tak beri impak kepada ekonomi.

Ekonomi ini ada dua jenis. Jangan dipukul rata.

Ekonomi eksport/pembuatan dan ekonomi Rakyat tempatan.

Ekonomi eksport dan pembuatan terutamanya barang elektronik adalah kukuh pada masa kini sebab ekonomi-ekonomi gergasi seperti Amerika Syarikat dan China sedang catat pertumbuhan ekonomi yang luar biasa tinggi pada masa kini.

Pertumbuhan ekonomi Suku 1 tahun 2021:
USA: 6.4%
China: 18.3%
Taiwan: 8.2%
Malaysia: negatif 0.5%

Tapi yang dapat manfaat adalah tauke-tauke dan pemilik asing kilang-kilang besar.

Manakala ekonomi Rakyat tempatan seperti Makcik Kiah sudah tentu terjejas dan sedang berpeluh menghadapi dengan PKP 3.0 hanya dua bulan selepas PKP 2.0 berakhir.

Cuba tanya pengusaha bas sekolah dan pengusaha bas ekspress yang tidak dapat beroperasi.

Tanya pemilik gerai tepi jalan serta restoran yang penjualannya terjejas akibat no dine-in masa PKP.

Tanya pada sesiapa yang terlibat dalam sektor pelancongan dan hiburan yang langsung tidak dibenar beroperasi berbulan-bulan lamanya.

Tanya peniaga-peniaga kecil bazar Ramadan, bazar Aidilfitri atau pasar malam.

Nak kata PKP 3.0 tiada impak besar pada mereka tapi siapakah yang bayar sewa dan gaji pekerja pada akhir bulan?

Ceritanya begini:
PKP 1.0: Rakyat masih ada sedikit simpanan. Bantuan kerajaan banyak.

PKP 2.0: Tabung simpanan Rakyat dah lama pecah. Bantuan kerajaan sikit tapi masih ada duit i-Lestari dan i-Sinar.


PKP 3.0: Tabung simpanan pecah. Duit i-Lestari dan i-Sinar habis diguna tapi masih tak ada bantuan khusus diumum.

Sebab itu, bantuan adalah masih amat diperlukan sebab pemulihan ekonomi sekarang adalah bentuk “K” dan tak sama rata.

Ada sektor yang bersyukur dengan durian runtuh tapi jauh lagi banyak sektor yang tunggu runtuh.

Sekejap diarah tutup. Sekejap dibenarkan. Sekejap diarah tutup semula.

Mana tak runtuh?

Sebab itu, saya kata PKP 2.0 dan PKP 3.0 adalah tidak adil bagi berjuta-juta Rakyat biasa sebab ianya lebih mementingkan dan melindungi syarikat-syarikat besar dan pemilik asing kilang-kilang barang eksport.

Jika perlu berkorban sebab keadaan Covid sudah kritikal maka semua perlu berkorban untuk seketika supaya semua mendapat kelegaan bersama apabila rantaian Covid berjaya diputuskan.

Tapi pendekatan kerajaan untuk PKP 2.0 dan PKP 3.0 amat berbeza sekali.

Yang kaya dan pemilik kilang asing dilindung tapi Rakyat biasa pula yang disuruh berkorban memanjang dan disuruh terus menghadapi jumlah kes Covid tinggi selama 8 bulan sejak gelombang ketiga bermula pada bulan Oktober lalu.

Lapan bulan dengan kes Covid tinggi setiap hari bukan tempoh yang singkat padahal banyak lagi negara lain sudah berjaya kawalkan Covid dalam tempoh masa yang pendek.

Bantulah mereka yang terjejas. Makcik Kiah tengah tunggu perutusan khas.

Jangan beri alasan bahawa PKP 3.0 tidak beri impak besar pada ekonomi.

Kategori