Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pemaju Jual Rumah Besar-Besaran...

PETALING JAYA - Semakin ramai pembeli hartanah yang kaya dari Hong Kong melihat...

Lapor Polis Jika Kerabat...

KUALA LUMPUR - Polis akan mengambil tindakan terhadap mana-mana kerabat diraja di negara...

Euro 2020: Ukraine Jumpa...

GLASGOW - Artem Dovbyk menjaringkan gol pada minit ke-121 bagi membantu Ukraine menewaskan...

Pengurus Hartanah Ratah Rakan...

PENGURUS hartanah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini atas pertuduhan merogol...

Israel Tolak Gencatan Senjata

TEL AVIV – Seorang pegawai kanan Israel pada Isnin berkata, Tel Aviv tidak komited untuk melaksanakan gencatan senjata dengan Palestin.

Kenyataan angkuh itu dibuat selepas kekejaman rejim Zionis di Genting Gaza memasuki minggu kedua yang menyaksikan angka korban terus meningkat kepada 212 termasuk 61 kanak-kanak dan 35 wanita.

“Tiada rundingan, tiada cadangan, tiada apa-apa di atas meja,” katanya.

Tambah pegawai terbabit, orang tengah yang paling dipercayai untuk rundingan dengan pejuang Hamas adalah Mesir.

Mesir yang berkongsi sempadan dengan Gaza sebelum ini pernah menjadi orang tengah bagi gencatan senjata antara Israel dengan Hamas.

Pada masa sama, pegawai terbabit berkata, tindakan keras ke atas Gaza tidak akan berakhir dalam masa terdekat.

“Kami akan terus menyerang mungkin untuk berbulan-bulan,” katanya.


Sebelum itu, di Washington, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menggesa Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu berhenti berbalas serangan dengan Palestin dan mendesak gencatan senjata segera dilakukan.

Rumah Putih dalam satu kenyataan berkata, Biden dalam panggilan telefon kepada Netanyahu menyatakan sokongan bagi gencatan senjata dan membincangkan pembabitan AS, Mesir dan sekutu lain.

Biden setakat ini menolak untuk bergabung dengan pemimpin dunia lain, selain ramai ahli parti Demokrat menggesa supaya gencatan senjata segera dilakukan di Israel.

Presiden berusia 78 itu juga mengulangi pendirian tegasnya yang menyokong Israel membedil Gaza sebagai tindakan mempertahankan diri. – Agensi

Kategori