Dari Facebook Najib Razak
MENGAMBIL kira saiz penduduk, kes baharu Covid Malaysia sudah melepasi negara India sejak beberapa hari lalu.
Tapi itu bukan apa yang saya paling risau.
Selain jumlah kematian sebanyak 50 orang yang merupakan rekod kedua paling tinggi, apa yang saya paling risau dengan pengumuman KKM hari ini ialah kadar kenaikan pesakit dalam Unit Kawalan Rapi (ICU) semakin meningkat.
Bukan sahaja jumlah pesakit ICU meningkat tapi kadar kenaikan pesakit ICU turut meningkat.
Ketika kita umum darurat pada 11 Jan lalu, jumlah pesakit Covid kritikal adalah sebanyak 187 orang.
Semalam pula, 587 pesakit.
Hari ini naik 57 ke 643 pesakit dalam ICU.
Bayangkan, kenaikan 57 orang dalam sehari!
Angkatan Tentera Malaysia perlukan masa hampir 2 minggu untuk membina hospital medan Kepala Batas untuk menambah kapasiti ICU.
Baru selesai dibina hari ini tapi jumlah katil ICU baru cuma 27 sedangkan pesakit ICU naik 57 orang dalam tempoh 24 jam sahaja.
Mana mungkin kita mampu bertahan sekiranya keperluan katil ICU meningkat dengan kadar jauh lagi laju berbanding kemampuan kita menambah kapasiti ICU?
Jumlah pesakit positif yang sedang dirawat juga telah cecah 52 ribu.
Banyangkan jika keadaan bagi 0.5% sahaja dari 52,106 pesakit tiba-tiba bertambah serious dan perlu rawatan ICU segera.
1% dari 52,106 sudah 261 pesakit.
Nak tempatkan di mana?
