Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Sisa Pepejal: 18,782 Surat...

KOTA TINGGI - Sebanyak 18,782 surat peringatan telah dikeluarkan kapada 1.75 juta isi...

Maybank Ulangi Saranan ‘Jual’...

KUALA LUMPUR - Maybank Investment Banking Research mengulangi saranan "jual" terhadap saham AirAsia...

Akhirnya, Beyonce ‘Tayang’ Anak...

SELEPAS beberapa ketika 'menghilangkan' diri, penyanyi superstar Beyonce akhirnya berkongsi gambar anak kembarnya...

Kadar Zakat Fitrah Di...

KOTA KINABALU - Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) menetapkan kadar zakat fitrah pada...

Kemuncak Pemberian Vaksin Pada Jun, Julai Nanti

PUTRAJAYA – Kerajaan yakin Jun, Julai dan Ogos menjadi kemuncak kepada pemberian vaksin COVID-19 di negara ini, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

Ketika ini Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) berdepan kekangan bekalan namun masalah berkenaan diyakini akan dapat diatasi bulan depan dengan penghantaran lebih banyak bekalan vaksin bermula Jun. 

Kerajaan yakin pada Jun, Julai dan Ogos akan menjadi kemuncak pemberian vaksin COVID-19,” katanya pada sidang media Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), hari ini. 

Yang turut hadir, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba.

Pada masa sama, Khairy berkata Pharmaniaga LifeSciences Sdn Bhd, yang membotolkan vaksin COVID-19 keluaran Sinovac Life Sciences Co Ltd China, tidak berdepan sebarang masalah pembekalan vaksin berkenaan, selain pihaknya yakin syarikat itu mampu memenuhi permintaan vaksin mengikut garis masa ditetapkan. 


Selain pembotolan vaksin yang dibuat di fasilitinya di Puchong, dekat sini, syarikat itu juga membawa masuk vaksin sedia terbotol dari China untuk meningkatkan lagi pemberian vaksin COVID-19 yang sedang dilaksanakan kerajaan ketika ini.

“Pharmaniaga membawa masuk tambahan vaksin tersedia atas inisiatif sendiri untuk membantu usaha kerajaan melalui PICK. Saya rasa pemerolehan ini akan membantu meningkatkan proses pemberian vaksin pada Jun,” katanya. – BH Online

Kategori