Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Kaji Kurangkan Kadar...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersama syarikat-syarikat konsesi lebuh raya sedang mengkaji berbagai inisiatif...

Dua Suspek Mengaku Tidak...

BANGKOK - Dua etnik minoriti Uighur mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengebom Kuil...

FAM Sambut Baik Keputusan...

YANGON - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyambut baik keputusan Kabinet membenarkan skuad...

Najib Rasmi Razak Science...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan lawatan kerja...

Kerajaan Bincang Cadangan Laksana PKP Penuh Esok

KOTA BHARU – Kerajaan akan membincangkan cadangan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh atau ‘lockdown’ di seluruh negara pada Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) Covid-19 di Putrajaya pada Jumaat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, mesyuarat tersebut dijangka dihadiri oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketua-ketua menteri dan menteri besar.

“Itu antara langkah-langkah yang perlu difikirkan pihak berkuasa khususnya MKN kerana itu sahaja pilihan yang ada. Selama ini, kita telah melaksanakan PKP, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan sebagainya sama ada secara keseluruhan atau bersasar.

“Untuk itu, ‘lockdown’ mungkin akan dibincangkan dalam mesyuarat esok (Jumaat) melibatkan kehadiran perdana menteri dan semua menteri-menteri yang terlibat,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Khas Negeri Kelantan yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob di Kompleks Kota Darulnaim di sini.


Ketika diminta mengulas mengenai jumlah jangkitan pandemik tersebut di Malaysia yang semakin membimbangkan terutamanya bermula sejak Ramadan lalu, Takiyuddin berkata, kerajaan juga sedang berusaha sedaya upaya merancakkan lagi kesedaran masyarakat untuk mengambil vaksinasi melalui program yang telah dilaksanakan.

Malah katanya, kerajaan memberi tumpuan penuh untuk memastikan rawatan dan pencegahan jangkitan pandemik tersebut dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

“Kita ambil langkah serius yang mungkin, perkara yang tidak perlu diberikan keutamaan, kita tangguh dulu,” katanya. – Sinar Harian

Kategori