Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pahang Sasar Final Piala...

KUANTAN - Juara Piala FA dan Piala Malaysia musim lalu, Pahang meletakkan sasaran...

Polis Tembak Mati 3...

KOTA KINABALU - Tiga lelaki dipercayai warga asing yang disyaki terlibat dalam pengedaran...

Caribbean Kini Siap Sedia...

MIAMI - Caribbean kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga susulan perintah darurat, menjelang ketibaan...

Christoph R. Mueller Tokoh...

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Rekod prestasi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat...

Kerajaan Kerjasama NGO Pastikan Sumbangan Sampai Ke Palestin

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan dalam perkara berhubung penghantaran bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin bagi memastikan sumbangan derma yang terkumpul sampai kepada saluran yang betul, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau berkata, NGO tempatan memainkan peranan utama dalam memastikan sumbangan dan dana rakyat Palestin dapat disalurkan dengan sebaik mungkin.

“Kita akan aturkan sebaik mungkin berdasarkan kapasiti dan kemampuan yang ada pada kita.

“Insya-Allah kita akan adakan gerak kerja bagaimana untuk meningkatkan bantuan kepada penduduk Palestin, khususnya mereka yang telah kehilangan tempat tinggal, memerlukan rawatan dan ubat-ubatan.

“Kita akan panggil mereka (NGO) untuk berbincang dan menjadi rakan strategik dalam hal ini untuk memastikan bantuan yang diberikan benar-benar telus dan sampai,” katanya kepada pemberita selepas mengimamkan solat hajat khusus bagi memohon keselamatan rakyat Palestin daripada rejim Israel di Masjid Jamek Ibnu Khaldun, di sini, hari ini.


Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan masjid dan surau serta rakyat di negara ini mengadakan solat hajat dan doa selamat selepas Solat Maghrib hari ini, bagi memohon ihsan daripada Allah SWT untuk memelihara kesejahteraan rakyat Palestin daripada niat jahat rejim Israel.

Sejurus selepas solat hajat khusus itu, Zulkifli turut memberi tazkirah khas berkaitan isu semasa Palestin bagi memberi kesedaran orang ramai mengenai kepentingan Baitulmaqdis kepada Islam. – BERNAMA

Kategori