Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Gara-Gara Kentut, Pemain Ini...

STOCKHOLM - Pemain kelab divisyen tujuh Liga Sweden ini dilayangkan kad merah hanya...

Tarikh PRK DUN Rantau...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas berkaitan urusan Pilihan...

Niat Hanya Tumpang Sekejap,...

HANYA kerana menumpang duduk dan berniaga sementara menunggu pelanggan untuk ambil tempahan pulut...

Tiada Cadangan Wajibkan Pengambilan...

BAGAN SERAI: Kerajaan tidak bercadang untuk mewajibkan pengambilan dos penggalak vaksin COVID-19 kepada...

Kerajaan Perhalusi Syarat Terbaharu Arab Saudi

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memperhalusi dan membincangkan isu berkaitan syarat terbaharu yang diumumkan oleh Arab Saudi, supaya jemaah dan pelawat asing yang berkunjung ke negara itu mesti mempunyai perlindungan insurans Covid-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pihaknya akan meneliti kenyataan rasmi berkaitan terlebih dahulu.

“Bagi saya masalah itu tidaklah besar sangat sebab kita banyak badan dan ejen insurans diiktiraf, dan perkara ini kami akan perhalusi satu persatu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Masjid Sebagai Pusat Transit Keganasan Rumah Tangga di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini pada Selasa.

Media pada Isnin melaporkan syarat terbaharu diumumkan Bank Pusat Saudi dan Majlis Koperasi Insurans Kesihatan itu, yang bertujuan menyediakan rawatan kesihatan kepada individu dilindungi insurans, jika dijangkiti Covid-19 sepanjang tempoh mereka berada di negara itu, dan membolehkan pesakit mendapat akses segera kepada rawatan.

Ia juga menyediakan perlindungan insurans untuk menampung kos bagi kes yang dikesan serta kuarantin, selain kes kecemasan untuk pemindahan perubatan. – BERNAMA

Kategori